BILA ANAKKU MENGHAMPIRI USIA 3 TAHUN

anakku Muhammad Arsyad akan berusia 3 tahun bermula tahun depan.pelbagai ragam dan gelagat bila dia dah makin besar ni..ada ada ja perangainya yang kadangkala menguji tahap kesabaranku dan suamiku.takpalah kadang2 membuatkan diriku juga hampir pening melayan kerenahnya..sabar jelah kan, anak nak membesar.

Arsyad bermain mainan ultramannya


kenapa saya kata mencabar bila melayan kerenahnya kerana :

# Dah Lebih Pandai Bercakap
sekarang ni anakku Arsyad dah pandai bercakap.ada ja dia nak bercerita bagitau sesuatu benda baru yang dia belajar di taska.bila dia tengok persekitaran sekeliling yang nampak lain daripada biasa Arsyad akan bertanya apa benda tu?awat macam tu.kadang2 letih gak nak melayan tetapi sebagai ibu bapa cuba la juga untuk menerangkan semula sesuatu kepadanya bila dia ingin tahu sesuatu.

# Nak Berfesyen/Bergaya
bila dah besar ni, baju mesti nak pilih dan kadang2 Arsyad cuba nak pakai sendiri.bila pakai sendiri tu selalunya saya kena tengok semula sebabnya selalu pakai terbalik.adooi kadang2 nak tergelak juga bila dia pakai terbalik tapi takpalah sekurang-kurangnya dia nak belajar pakai baju sendiri.lagi satu anak saya ni pencinta kartun Ultraman, jadi selalu dia akan pilih nak pakai baju ultraman la..kadang2 belum basuh lagi pun, baju tu dia nak pakai balik..adoi la anak...lagi satu Arsyad juga suka bergaya memakai spek mata hitam.


Arsyad berspek mata hitam


#Liat Diajak Mandi
dulu bukan main lagi bila ajak mandi cepat ja meluru masuk bilik air.tapi bila dah besar ni Arsyad jadi liat nak mandi.kadang2 dia bagi alasan sejuk la mama.padahal dah petang pun.tapi mula2 memang liat nak masuk mandi .bila dah masuk bilik air lama plak dia nak main air, mandi.jenuh plak pujuk nak suruh keluar dan sudah mandi.

#Mula Memilih Makanan
masa kecik dulu dia makan apa sahaja yang kita suap.sekarang ni dah pandai pilih makanan.nak makan kentang, carrot ja.tak mau makan sayur sawi dan sayuran hijau yang lain.kadang2 tu nak makan benda yang sama ja hari2 sampaikan setiap kali nak makan nasi mesti nak kena letak kicap juga padahal saya dah siap letak kuah sup ataupun kuah yang tak pedas untuk dimakan

#Lebih Sukar Dipujuk
bila dah besar ni kadang2 makin susah plak nak pujuk..ada masanya dia boleh terangkan dan bagitau apa yang tak kena dan sebab dia merajuk.tapi bila tantrum satu apa pun tak jalan dah sampaikan kita pun tak larat nak pujuk balik.

#Banyak akal
bila menghampiri usia 3 tahun, nadia perhatikan anak nadia makin ligat dan aktif berfikir.ada ja mainannya diolah untuk dijadikan sesuatu..nadia perhatikan kotak kosong yang besar , Arsyad jadikan sebagai khemah dia untuk bermain dalam tu.Arsyad susun mainan dia menjadi suatu barisan yang panjang.macam2 la akal dia tu.

😘walau apa pun ragam dan kerenah anak nadia tetapi Muhammad Arsyad tetap menghiburkan kami suami isteri.kami akan cuba mempersiapkan diri menghadapi sebanyak mungkin cabaran dalam menguruskan anak yang makin membesar ni.insyaallah setiap ibu bapa pastinya akan menghargai detik-detik indah bila bersama anak mereka semasa mereka kecil ni. 



moga Muhammad Arsyad menjadi anak yang soleh
dan sentiasa berjaya di dunia dan akhirat..amin..




4 comments:

  1. bdk2 nk membesar cmtula...mcm2 ragam...ank sy nk msk 4thn thn dpn...

    ReplyDelete
  2. Semakin membesar semakin banyak ragamnya ye.. Comel dia..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.