10 TIPS YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS CAESAREAN

Apa itu caesarean?tahukan anda caesarean tu merupakan kelahiran anak secara pembedahan.pembedahan merupakan suatu tindakan melahirkan bayi dengan membuka dinding rahim melalui torehan pada perut ibu.melahirkan melalui pembedahan bergantung pada keadaan ibu ataupun bayi tersebut. 



Nadia ingin berkongsi tips apa yang perlu anda lakukan selepas caesarean ini.ini merupakan tips daripada pengalaman nadia berkongsi cerita dengan ibu-ibu yang mengalaminya.kakak sulung nadia pun beranak secara pembedahan juga.

1) Elakkan mengangkat dan membawa barangan berat

2) Menangguhkan sebarang senaman di bahagian perut(abdomen) sehingga 4 hingga 6 minggu selepas bersalin.

3) Jangan terlalu kerap bangun dan dan duduk dalam satu-satu masa

4) Posisi badan perlulah betul.sekiranya ingin bangun daripada kedudukan berbaring, mengiring ke sisi dan gunakan lengan anda untuk menolak badan anda ke posisi duduk

5) Urutan boleh dilakukan selepas parut pembedahan dah kering dan jangan urut berdekatan dengan parut.urutlah di bahagian atas badan atau di bahagian betis ke bawah.

6) Jika ingin batuk atau bersin letakkan dan lapikkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk memberi sokongan pada parut dan mengurangkan rasa tidak selesa

7) Kadar pengeluaran darah nifas boleh berubah mengikut masa dan boleh meningkat jika banyak melakukan aktiviti dan kerap bertukar kedudukan

8) Sentiasa menjaga kesihatan diri supaya tidak  demam kerana itu mungkin tandanya anda terkena jangkitan

9) Minum banyak air untuk memastikan badan tidak lemah dan cukup hidrat serta mengelakkan sembelit

10) Jaga pemakanan seharian supaya tidak makan makanan yang dapat menyebabkan gatal di tempat parut pembedahan
parut selepas caesarean
perbezaan beranak secara normal dan caesarean

perbezaan beranak secara normal dan caesarean

situasi yang memerlukan caesarean

jenis caesarean






Sekian dahulu tips ini, moga bermanfaat kepada anda 

yang membacanya..sharing si caring…



4 comments:

  1. Seremmmm...sambil pegang perut kena cser ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa yang penting ibu dan anak selamat dah...alhamdulillah...memang kena jaga betoi2 kan kak alia bila kena operate ni..selamat berpantang na kak:)

      Delete

Powered by Blogger.