tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Tuesday, 5 July 2016

SALAM LEBARAN 1437H ..SALAM AIDILFITRI

pejam celik pejam celik dah nak sambut raya..satnya bulan ramadhan berlalu.kita akan menyambut syawal esok hari..malam ni dah bergema takbir raya..oooh syahdunya..

Alhamdulillah tahun ni aku dapat beraya bersama famili di Alor Setar.tapi yang tak syoknya suamiku keja plak raya ni..aduyai..huhuhu..sabo je la..tapi takpa ada familiku ini in sya Allah tetap meriah jugak.tahun lepas aku bekerja di pagi raya suamiku cuti tapi malangnya anakku beraya di wad KPJ Hospital..demam panas..Tahun ni alhamdulillah dia sihat walafiat dan dapat beraya.syukurlah.

menjelang malam raya, warga kota masing-masing pulang ke kampung halaman.slalunya Kuala Lumpur lengang la bila hari perayaan..ha la orang pakat ramai2 balik kampung..tapi tahun 2016 ni taktaula cmna plak.lengang ka kt sana wahai Kuala Lumpur??

orang yang bujang mahupun yang dah berkawin perlulah memeriksa kenderaan masing-masing jika hendak pulang ke kampung jika perjalanannya jauh.bukan apa biarlah tak berlaku kejadian yang tak diingini.jangan pula hati seronok nk jmpa famili di kampung last2 terkandas sebab kereta rosak ka ataupun berlaku kemalangan..nauzubillah..moga dijauhkan daripada segala musibah.Amin..berhati hatilah memandu, ingatlah orang tersayang.

Oklah, saya tak mau berceloteh panjang ,di kesempatan ini, saya nak mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, 
MAAF ZAHIR BATIN 




















No comments:

Post a Comment