tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Friday, 15 July 2016

CIWINYA AKU APABILA BARU BERGELAR SEORANG IBU

Semua wanita yang baru mendirikan rumahtangga semestinya mempunyai keinginan nak mempunyai zuriat sendiri tanda cinta halal masing2.ada yang cepat menimang cahaya mata dan ada gak memerlukan masa yang bertahun tahun untuk memperoleh anak...bergantung kepada rezeki masing2...yang penting jangan cepat putus asa,dan sentiasa berdoa, berusaha dan tawakal..

Bagi yang baru memperoleh cahaya mata semestinya sangat gembira dan ada yang turut sama berkongsi kegembiraan tersebut di laman sosial seperti facebook ataupun instagram...aku pun tak terkecuali turut sama mengkhabarkan berita gembira mendapat zuriat masa tahun lepas januari 2015 kepada kawan2 yang mengenali diriku ni..bukannya niat nak menunjuk nunjuk tetapi cuma mahu berkongsi saja kepada kawan2...bukan show off tau...


Masa mula2 dapat anak tu sangat bersyukur..besa la ibu moden zaman sekarang sentiasa merakamkan gambar atau mengambil video anak mereka sebagai kenangan.ada yang mengupload di media sosial dan ada yang tak...bergantung la kepada individu masing2 la kan.aku pun ada yang aku upload gak sekadar berkongsi ragam anakku Muhammad Arsyad ni..

Tapi yang tak boleh blah aku ada gak ambik gambar macam kat bawah ni..dan lagi la tangkap gambar bulu mata arsyad la..stoking dia...hahahhahaa..lawak pun ada..nampak dak ke'ciwi' an ibu arsyad ni...ampa paham dak ciwi tu apa?orang utara paham la kot noh..ataupun orang kata terlebih teruja la kot..entah aku pun tak pandai sangat nak explain pasal ciwi ni..hehe....sori la ni..yang paham tu takpalah , yang tak paham tu cer tanya2 kat kawan2 yang paham maksud 'ciwi' tu..


bulu mata anak pun nak diambil gambar








stoking pun jadi mangsa kameraku


Untuk ibu yang sentiasa mengupload gambar dan bercerita mengenai ragam anak mereka bukanlah niat untuk show off  ka apa tapi mungkin hanya niat mahu berkongsi cerita ja...orang yang iri hati tu janganlah pikir dan mengata mereka plak.yang tak suka tu scroll ja laju2 ataupun kalau malas nak tengok post depa unfriend ja atau unfollow..ha kan senang.

Anak adalah anugerah terindah...masa depa kecik2 ni la kita kena hargai momen indah bersama mereka..janganlah mengabaikan mereka semata mata untuk menghabiskan masa melayari internet sahaja..tanpa mereka tiadalah kebahagiaan dan kegembiraan yang kita harapkan.

No comments:

Post a Comment