tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Thursday, 21 July 2016

TIPS PIKAT LELAKI PEMALU

sikap pemalu merupakan sikap yang jarang ada pada lelaki tetapi tak juga ada juga lelaki bersikap pemalu. sikap pemalu ni haruslah berpada pada dan janganlah terlalu berlebihan malunya hingga menyebabkan sukar orang nak bercakap dengannya.





bagaimana kita nak tahu lelaki tu merupakan lelaki yang pemalu :-

kenali ciri -ciri lelaki pemalu :

1) sedaya upaya menghindari eye contact semasa berbicara
*selalunya mereka akan cuba mengalihkan pandangan daripada merenung mata orang perempuan yang bercakap dengannya.

2)sibuk dengan diri sendiri dan tidak duduk diam
*lelaki pemalu akan selau menggaru wajahnya, menyentuh rambut, bermain dengan jari dan berasa gugup apabila ada orang cuba mendekatinya.mereka cuba untuk menjadi sempurna di hadapan orang yang mereka suka.

3)gugup atau tergagap ketika berbicara
*kadang kadang apabila diajukan dengan soalan yang ringkas pun membuatkan mereka tergagap untuk menjawabnya.

4)lebih selesa berkomunikasi dengan menggunakan media sosial
*disebabkan mereka kerap tergagap apabila berbicara depan2 jadi mereka lebih suka bermesej melalui facebook, twitter, chat online, yahoo messenger dan sebagainya..chatting alam maya menjadikan mereka berani menyuarakan isi hati kepada orang yang mereka suka barangkali.berguna juga media sosial sebagai medium pengantaraan antara lelaki pemalu dengan perempuan yang disukai mereka.




TIP PIKAT LELAKI PEMALU 

# bersikap comel dan manis
latih diri untuk bersikap comel apabila berhadapan dengan lelaki pemalu,sentiasa memberikan hadiah yang comel2 kepada mereka dan sentiasa memaniskan muka dengan senyuman

#jangan bersikap gelojoh
usah terburu buru menyatakan isi hati dan tidak terlalu mendesak dan agresif.lelaki pemalu tidak suka perempuan yang terlalu berani berkata-kata.

#kelakar
apabila mahu memikat lekaki pemalu cubalah bersikap kelakar dan cuba mencuit hatinya dengan humor anda..ini sekaligus dapat melegakan ketegangan bila anda bersama dengannya

#gunakan cara non verbal
non verbal bermaksudnya di sini tidak meluahkan secara berhadapan.ianya melalui perantaraan media sosial seperti whatsapp,emel, sms,video call dan sebagainya.

#sesekali berikan pujian kepada lelaki pemalu
mulakan pujian dengan ikhlas bila dengan lelaki pemalu.pujian akan membuatakan lelaki tersebut berasa dirinya special juga di hadapan perempuan walaupun dianya memang seorang pemalu

sikap pemalu memang sukar dikikis tetapi ianya boleh diubah perlahan lahan.memang tak boleh menyalahkan lelaki pemalu kerana mungkin ianya merupakan sikapnya dari kecil lagi.oleh itu, cubalah selami isi hati lelaki pemalu.mereka sangat istimewa jika kita betul2 kenal hati budi mereka.

sekadar perkongsian ilmu daripada hasil bacaan saya.
{info di atas adalah daripada mingguan Wanita April 2016}











No comments:

Post a Comment