tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Friday, 15 July 2016

XRAY DI DEWAN BEDAH

sebagai seorang juru x-ray gred U29 sememangnya salah satu rutin kerja adalah melakukan tugas x-ray di dewan bedah.guna mesin x-ray yang dipanggil II.mesin II ni merupakan mesin mudah alih gerak dan ada roda untuk memudahkan kami untuk menolaknya.x-ray di dewan bedah ni selalunya kes-kes ortopedik yang memerlukan diambil gambarnya.kes2 ortopedik tu seperti ILN, DHS.srew fixation , k-wire dan banyak lagi.kes urologi, medikal pun ada gak yang perlukan x-ray.tengok keadaan juga.

sebenarnya masa mula2 aku masuk kat dewan bedah sebagai student x-ray aku pikir macam manalah tugas seorang juru x-ray untuk ambik gambar tu.tak terbayang camna rupanya.lama2 tu barulah aku paham cmna.kat dewan bedah semua staff perlu menyalin pakaian dan pakai pakaian yang telah ditetapkan.yang bertudung plak jangan risau ada tudung khas juga.


signboard yang diletakkan di luar bilik dewan bedah

baju kebal aka lead gown



luar bilik dewan bedah



apabila kes ortopedik slalunya aku bersiap sedia mental dan fizikal sebab slalunya surgeon atau pakar bedah tegas dan tak juga ada yang garang ooo..lambat skit alihkan tube ka apa kadang2 kena la marah.tahan telinga ja la..tapi tak semua surgeon yang garang.segelintir ja.

dulu masa aku masih student lagi aku tak boleh tengok darah ..rasa geli geleman.tapi sekarang dah biasa tengok darah dah.kat dewan bedah ni kes ortopedik slalunya mesti la kuar darah juga bila dibedah.barang-barang yang digunakan  dalam dewan bedah diskrub terlebih dahulu.mesin II pun pakai pakaian khas dia juga.untuk mengelakkan jangkitan kuman pada pesakit.

kisah lucu di dewan bedah dulu masa mula2 masuk keja aku tersilap pi tampar bahu doktor yang dah siap berpakaian  skrub pun.apa lagi doktor tu kena salin pakai yang lain pula la.nasib baik tak kena marah sebab masa tu aku innocent lagi.hehehehe..terlupa camna boleh pi sentuh dia plak.aduyai...

pesakit di dewan bedah ada yang kadang2 dibius sepenuhnya dan ada gak yang dibius separuh.ada yang mencuit hati aku ada 1 kes ortopedik ni screw fixation kat betis.doktor bedah dok ketung ketang mengetuk  screw tu tapi pesakit tu dibius separuh terbuka mata dan dengar la apa yang orang dok buat kat dia.lepas tu dia siap tanya lagi staff nurse sakan no depa buat keja.heheehehe aku dengar tu nak tergelak pun ada.

kalau aku nak ambik gambar x-ray aku akan pastikan semua orang dalam dewan bedah tu pakai baju kebal atau bahasa omputihnya lead gown.kalau semua dah siap pakai barulah boleh aku tekan button shoot.kalau tak abislah terbakor la kau. (terkena sinar radiasi yang tinggi dosnya)bahaya tu kalau kena sinar radiasi yang tinggi, silap2 kau boleh mandul ooi..nauzubillah.

sekian dahulu cerita aku kat dwan bedah.ada masa aku cerita lagi ye.

No comments:

Post a Comment