SEPETANG DI TAMAN TASIK DARUL AMAN, JITRA

memandangkan saya masih lagi bercuti raya, jadi saya menggunakan masa sepuas-puasnya berjalan-jalan makan angin di sekitar Alor Setar dan kawasan sekitar yang berdekatan.almaklumlah masih di hometown lagi ni..orang kata masih di kampung halaman(padahal rumah mak abah di kawasan taman la, hehehe).jadi,petang semalam saya bersama adik-adik tersayang telah keluar beriadah makan angin di Taman Tasik Darul Aman, Jitra.

Taman Tasik Darul Aman, Jitra


kami selamat sampai sana dalam  lebih kurang pukul 6 petang.adalah dalam 20 minit dari rumah mak abah.kat sini parking kenderaan dikenakan bayaran sebanyak rm1 sahaja..sesampainya di sana kami berehat di bawah pokok makan bekal yang dibawa iaitu cucur cempedak..(mak rajin bekalkan) dan makan rojak yang dibeli di gerai berdekatan.siap beli lagi teh ais kaw.harga teh ais tu rm2 saja..tapi berbaloi sedap dan lemak berkrim.

lepas dah selesai mengalas perut masing-masing kami pun mula la berjalan-jalan melihat pemandangan di tasik, melihat orang menaiki buggy berpusing sekitar tasik dan membawa anakku, Muhammad Arsyad bermain di taman permainan.anakkku apalagi seronok bermain la di sana sebab dah lama daku tak bawa dia pi taman permainan.takpalah anakku sayang main la puas-puas ok!

kami juga sempat bergambar di mural yang dilukis berdekatan dengan bangunan berhampiran.arsyad mesti la nak bergambar di mural yang berlatar belakangkan ironman.macam2 aksi yang dia gayakan..hai macam2 gelagat la anakku sorang ni.

selepas dah hampir 1 jam setengah kami di sana, kami pun beransur pulang ke rumah.untuk pengetshuan korang, tulah merupakan kali pertama nadia dan arsyad menjejakkan kaki di Taman Tasik Darul Aman , Jitra ni..padahal dekat saja nak pi sana.tapi kali ni baru berpeluang ke sana.alhamdulillah dapat pi juga la..kalau tak nanti orang cakap dok Kedah pun tak pernah sampai kan..hehehee

kat sini macam2 aktiviti boleh dilakukan seperti berjoging,bermain dan mengayuh kereta air di tasik,bermain di taman permainan, bermain layang-layang, bermain kereta kontrol, dan macam2 lagi la.sesekali kita beriadah di taman macam ni dapat merelease tension daripada workload kerja dan merehatkan minda.tambahan juga,dapat  menyihatkan badan.

jadi, kawan-kawan yang tinggal di kawasan berhampiran Taman Tasik Darul Aman ni sesekali pergilah beriadah di sana ye.. macam2 manfaat yang dapat diperoleh.ok..sekian coretanku ni..wassalam....


berkelah di bawah pokok

Arsyad bersamaku

Arsyad bermain mainan

Arsyad bermain buaian

senyum riang gembira anakku sayang








mural berlatar belakangkan ironman

posing sakan dia..






10 comments:

  1. seronoknya, timm pun xpernah smpai, sbb jitra agak jauh dgn kulim..haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ka?nadia pun tiggal di Kulim ..datang sini pun sebab balik kampung kt Alor Setar..heheeh

      Delete
  2. Replies
    1. sekali sekala...cuti lama kali ni..heheehe..alhamdulillah

      Delete
  3. Bestnya. Nanti nak jalan jalan sana lah

    ReplyDelete
  4. cantik viewnya Nadia, seronok santai bersama keluarga kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik..ya seronok beriadah bersama keluarga tersyg

      Delete
  5. lama takpwrgi sini sbb asyik kerja je haha nanti cuti nak pergilah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.