AMALAN BERTUNGKU BAIK UNTUK KESIHATAN DIRI


tungku nadia guna masa selepas bersalin yang lepas

amalan bertungku bagus untuk kesihatan kita..nadia mula2 bertungku masa selepas bersalin.masa tu kali pertama bertungku.mak nadia selalu ingatkan nadia agar sentiasa amalkan bertungku kerana dapat memberi kesegaran badan kita semula setelah penat bersalin.

manfaat bertungku
🔴membetulkan perjalanan darah
🔴memanaskan badan
🔴memecahkan darah beku

jangan ikut suka ja letak batu tungku tu.kena letak pada tempat atau kawasan spot yang betul seperti di kawasan bahagian peranakan, pinggang dan kaki.

batu tungku perlu dipanaskan selama lebih kurang 45 minit atau 30 minit.kemudian perlu dibalut dengan kain yang bersih supaya apabila bertungku nanti tak melecur badan.

bagi yang bersalin secara pembedahan/caesarean perlulah tunggu dulu sehingga luka pulih.tapi kawasan perut jangan pula pi tungku.bertungku di kawasan yang jauh daripada parut kat perut tu.

waktu yang sesuai bertungku adalah pada waktu pagi sebelum matahari terbit dan waktu petang lepas asar.tetapi bertungku boleh juga dilakukan semasa badan rasa sejuk2 atau tidak selesa akibat perjalanan darah yang tidak lancar.tak semestinya semasa orang lepas bersalin juga perlu bertungku,orang yang tak bersalin pun boleh amalkan bertungku ni bagi melancarkan peredaran darah

14 comments:

  1. Bestnya kalau dapat bertungku ni. Last bertungku pun masa bersalin dua tahun lepas.

    ReplyDelete
  2. Masa pantang aktiviti yg cikla paling suka adalah bertungku. Best je kam rasa hangat. Selesa sgt. Tp kena cr time jugak bertungku. Tunggu anak tidur dululah baru nak bertungku dgn tenang. Hehe. Btw, good sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu. Anak tido baru dapat bertungku dgn aman..hehehhe..tq

      Delete
  3. susah nak cari tungku yang macam zaman dulu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi tu..yg ada la ni tak sama mcm yg dulu kan

      Delete
  4. Biasa.kat kpg cik akak. Orang tak buat dah bertungku. Cukup minum air suam je. Elok bertungku ini untuk kesihatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ka..kat sini masih amalkan bertungku lagi..lagi2 jika lepas bersalin

      Delete
  5. Ooo baru tahu orang tak bersalin pun boleh bertungku. Hehe

    ReplyDelete
  6. Mmg suka bertungku... Tak bersalin pun bertungku.. Bila rasa sakit badan je, tungku la ubatnya. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajinnya awak...saya dah lepas bersalin jarang dah nak bertungku

      Delete
  7. Amalaan bertungku harus diamalkan dalam tempoh berpantang..untuk kesihatan dalaman wanita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..sangat baik tambah lagi semasa berpantang

      Delete

Powered by Blogger.