ANAK KEDAH HEBAT





negara Malaysia baru selesai menjalani pilihan raya umum kali ke 14 pada 9 Mei 2018 yang lalu.bekas Perdana Menteri Malaysia yang Ke 4 Tun Dr Mahathir sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.hebatnya Tun Dr Mahathir dalam usianya 93 tahun beliau masih mampu menggalas tanggungjawab besar menerajui negara kita.Tun Dr Mahathir juga dilahirkan di negeri Kedah dan dah 2 kali menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Almarhum Maulana Al-Sultan Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah juga pernah menjadi Yang Di Pertuan Agong 2 kali di Malaysia iaitu pada  1970 hingga 1975 dan 2011 hingga 2016.alhamdulillah Sultan Kedah dipanjangkan usia sempat menjadi Yang Di Pertuan Agong sebanyak 2 kali.

Dato' Seri Mukhriz bin Tun Mahathir juga dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sebanyak 2 kali juga.beliau merupakan anak kelima kepada Perdana Menteri kita Tun Mahathir.pada 6 Mei 2013 beliau menjadi Menteri Besar Kedah yang ke 11.selepas itu beliau mengumumkan peletakan jawatan pada 3 Februari 2016.akhirnya beliau dilantik sekali lagi sebagai Menteri Besar Kedah pada 11 Mei 2018 baru-baru ni selepas Pakatan Harapan menang.Dato' Mukhriz juga merupakan anak kelahiran Kedah.

sebagai rakyat yang berada di negeri jelapang padi ni nadia turut berasa bangga kerana Tun Mahathir, almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim dan Dato Mukhriz berjaya menyandang jawatan masing-masing sebanyak 2 kali,ini menunjukkan rakyat sentiasa memberi kepercayaan dengan kepimpinan dan kebolehan  mereka bertiga.bukan senang nak jadi pemimpin ni.perlu ada sifat berjiwa rakyat, telus, amanah dan komited dengan tugasan.



No comments:

Powered by Blogger.