MALAM TERAKHIR KEJA MALAM DI BULAN PUASA

Pada 5 jun 2018 merupakan hari terakhir nadia keja malam bagi bulan Ramadhan.lepas ni nadia akan keja ofis hour saja sampailah nadia start bercuti raya pada 12 jun iaitu 3 hari sebelum raya Aidilfitri.



bekerja malam di bulan puasa akan membuatkan nadia akan bersahur di hospital.bersahur bersama rakan sekerja la..bukan senang nak bersahur bersama kawan-kawan  kan.masa nilah kami dapat merapatkan silaturahim.bawa bekal dan berkongsi makanan masing-masing.untuk pengetahuan korang yang belum kenal nadia lagi, nadia adalah salah seorang kakitangan awam yang bekerja sebagai juru x-ray di hospital kerajaan.



pada tahun ni nadia berkesempatan bercuti raya sampailah raya ke 3.alhamdulillah syukur.tahun lepas nadia dah kerja semasa hari raya.jadi tahun ni nadia akan beraya sakan la bersama keluarga tercinta.tahun ni istimewa skit sebab bertambahnya anak dalam famili kami.anak kedua nadia yang berumur 5 bulan iaitu Muhammad Hakeem.anak pertama Muhammad Arsyad cukup seronok melayan adiknya semasa nadia dan suami berbuka puasa.jadi sempatlah kami menjamah makanan dulu.

tak lama dah kita akan menyambut Aidil Fitri minggu depan.kawan-kawan dah buat persiapan ka?nadia tak buat kuih raya pun..beli ja..baju raya pun belum beli lagi.mungkin weekend ni nak pi shopping baju raya.minta-minta la ada saiz lagi baju.almaklumlah takut tak jumpa yang berkenan plak ataupun saiz dah banyak habis..huhuhu..menangis tak berlagu la kan.

oklah di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dalam setiap tulisan saya selama saya berblogging ni.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN






2 comments:

  1. Salam aidilfitri.. follow sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri..ok tq..sat nak follow blog ejulz gak

      Delete

Powered by Blogger.