ONKOLL DEWAN BEDAH MEMANG MENGUJI KEIMANAN DIRIKU SEBAGAI SEORANG JURU X-RAY




Seperti yang sudah sedia maklum nadia merupakan salah seorang juru x-ray (radiographer) di salah sebuah hospital kerajaan di Kedah. juru x-ray ada onkoll bekerja di dewan bedah yang menguruskan mesin C- arm (II)  .hanya 
juru x-ray perempuan yang mengandung sahaja tak dibenarkan keja di dewan bedah sebab x-ray yang menggunakan mesin II ni sangat kuat radiasinya.jadi bahaya untuk ibu yang mengandung.

kami dikehendaki memakai baju plumbum lead gown apabila mahu menjalankan kerja x-ray di dewan bedah.semua yang berada di dalam bilik operation dikehendaki memakai baju lead gown tu.ini adalah untuk mengelakkkan terkena dedahan radiasi pada diri.baju plumbum lead gown dapat menghalang dedahan radiasi terkena pada seseorang.







                                                   




di hospital yang nadia bekerja jika ditugaskan bekerja di dewan bedah.kami perlu bertugas onkoll 24 jam.jika tiada kes dewan bedah selepas ofis hour boleh balik berehat di rumah.staff dewan bedah akan menelefon kami sekiranya ada kes yang perlu x-ray di dewan bedah.selalunya kes ortopedik yang memerlukan x-ray seperti kes k-wire,plating, rf nail, ILN, dan banyak lagi.

kenapa nadia kata onkoll dewan bedah menguji keimanan kerana kadang-kadang apabila dipanggil semasa pukul 2 atau 3 pagi memang meletihkan.masa semua orang sedang nyenyak tido tapi kita perlu bersengkang mata bekerja.memang mengantuk dan menguji kesabaranku yang senipis kulit bawang.tapi memandangkan tu merupakan tugas kami sebagai juru x-ray jadi nadia redha saja dan tabah menghadapi tugas yang diberikan.

seronok bekerja sebagai juru x-ray ni sebenarnya..mengambil gambar tulang manusia,sesuatu yang unik dan menarik.



11 comments:

  1. Akak pon kije ada oncall..tapi jarang kena panggil..ehehe

    ReplyDelete
  2. Owh.. baru tahu.. Ingatkan kena standby 24 jam bila oncall.. Rupanya hanya dipanggil bila perlu Xray je ye.. Mencabar juga kerjaya Nadia ini.. Chayook.. Chayook..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bila dipanggil baru datang buat x-ray...ok tq kak sha

      Delete
  3. Sabar nadia... Masyukkk tu... Rezeki.. Walaupun penat sekarang time dapat duit nadia pasti tersenyum sampai telinga ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabarlah juga walaupun penat bekerja kat dwn bedah tu..huhuhu

      Delete
  4. cabaran dan kepuasan dalam bekerja kan.. xpe ada ganjaran disisiNya. tingat pulak dulu banyak keping xray kena amek nk locate tulang yang slip disc hehe.. pusing kiri kanan mcam2 gaya =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mcm2 cabaran dan kepuasan bila bekerja..masing2 ada kerjaya tersendiri.oo CT pernah buat x-ray ye...

      Delete
  5. surely nadia arif dlm tulang tulang manusia ni ekk. best nyer.
    tulang manusia bukan sejenis aje kan. mcm2 nama saintifik nyer.
    aida memahami keje oncall ni sebab kakak doktor.
    tau sgt la. pernah dulu time masih blaja, teman kakak di kuarters.
    bila pager dia berbunyi, aida ikut sekali ke spital.
    aida lepak bilik doktor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nadia tau la juga tulang2 manusia tapi taklah arif sgt..oo aida tau juga la kehidupan orang yang keja onkoll di hospital kan bila tengok kakak sendiri

      Delete

Powered by Blogger.