JATUH CINTA DENGAN GARLIC BREAD DAN WHITE COFFEE RESTORAN OLD TOWN WHITE COFFEE

white coffee

nadia merupakan penggemar kopi susu.nadia suka minum white coffee bersama garlic bread apabila pergi makan di Restoran Old Town White Coffee.


Restoran Old Town White Coffee merupakan kopitiam yang mendapat sijil halal yang pada mulanya dibuka di Ipoh, Perak pada tahun 1999.akhirnya berkembang dan menjadi banyak cawangan di seluruh Malaysia.

di sini berbagai jenis kopi dan minuman lain disediakan.juadah masakan pun berbagai menu juga seperti nasi lemak Old Town White Coffee, laksa, mee kari,roti bakar.

pencuci mulut ataupun orang panggil dessert juga ada seperti ais krim, ais kacang, dan banyak lagi.

memang harga di Restoran Old Town White Coffee boleh tahan mahal juga..tetapi, bagi pendapat nadia ianya berbaloi sebab kopinya pekat dan juadah makanannya yang tidak mengecewakan dan boleh tahan sedap juga.selalunya nadia pi makan kat sana jika ada duit lebih dan teringin nak makan garlic bread yang nadia suka tu.

ada juga harga murah sikit bila ambik set breakfast, lunch atau teatime.

kalau anda nak cuba makan garlic bread memang nadia syorkan pergilah rasa di Restoran Old Town White Coffee yang berdekatan dengan anda..terpulanglah kat anda semua untuk membuat pilihan, citarasa kita lain-lainkan..


garlic bread


kedua-duanya jadi kegemaranku bila berkunjung ke Restoran Old Town White Coffee

3 comments:

  1. old town white coffee is one of my favourite place to chill once in a while. hi sis, ray follow sini tau #62

    I'm back to blog walking after a while

    ReplyDelete
  2. Menariknya garlic bread dan white coffee tu.. Kalau Sha kena ada mushroom sup sama.. baru puas.. hehehe..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.