COVID19 KLUSTER TELAGA VS KLUSTER SUNGAI DI KEDAH

Kluster Telaga vs. Kluster Sungai
------------------------------------------------------

Kluster Telaga mula lebih awal dari Kluster Sungai tapi kita tergamam tengok kes dalam Kluster Sungai naik dengan jauh lebih laju.

Pada awal Kluster Telaga, kenaikan kes berlaku secara perlahan sampai ada yang mula terfikir,

'eh virus ni sudah semakin lemah ke?..dah tak boleh berjangkit kepada ramai orang?' 

Tetapi bila kluster Sungai muncul, kita dapat lihat coraknya tidak jauh beza dengan Kluster Tawar dan Kluster Sivagangga. 

Jadi kenapa ada perbezaan yang ketara antara dua kluster ini?

Jom kita tengok Kluster Sungai dulu.

7 September 2️⃣ + 1️⃣ kes 
8 September + 2️⃣3️⃣ kes baru = 2️⃣6️⃣
9 September + 1️⃣3️⃣ kes baru = 3️⃣9️⃣
10 September + 0️⃣1️⃣ kes baru = 4️⃣0️⃣

Dalam masa 4️⃣ hari dah ada 4️⃣0️⃣ kes❗

Kluster Telaga pula macam mana?

30 Ogos = 2️⃣ kes
31 Ogos = 5️⃣ kes
01 Sept  = 6️⃣ kes 
03 Sept  = 7️⃣ kes
04 Sept  = 8️⃣ kes
05 Sept  = 9️⃣ kes
07 Sept  = 1️⃣0️⃣ kes
09 Sept  = 1️⃣1️⃣ kes
10 Sept  = 1️⃣3️⃣ kes

Nampak tak?
Kes meningkat sangat perlahan,  dalam masa hampir 2 minggu (1️⃣2️⃣ hari) cuma ada 1️⃣3️⃣ kes. Setiap kali ada kes baru cuma seorang atau dua sahaja. 

Jadi melalui Kluster Sungai ni kita tahulah SARS-CoV-2 di Kedah ni masih sama, ia masih boleh menjangkiti ramai orang sekaligus. Ia tak lemah. Kalau awal tu terfikir ia macam dah tak ada power, silaplah anggapan tu. 

Tapi kenapa agaknya pattern kedua kluster ni jauh berbeza? 

Bila telitikan kluster Sungai, corak sebarannya tak jauh beza dengan Kluster Sivagangga dan Kluster Tawar.

Jadi apa persamaan ketiga-tiga kluster ini?
Jom kita telitikan semula. 

Kluster Sivagangga
--------------------------------
Ingat tak lagi kes indeks (kes pertama yg dikesan) dalam kluster Sivagangga? 

Dia seorang pemastautin tetap yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 13 Julai 2020. Saringan awal negatif. Beliau diarahkan kuarantin tapi tak patuh. Saringan ulangan 2 minggu kemudian, didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Kes dilaporkan pada 28 Julai, sekaligus dengan kontak rapat dia, 5 orang dah pun positif pada masa tu, jadi maknanya dah lama juga dia positif sebab dah sempat berjangkit kepada ramai. Penyakit ni kan ada tempoh inkubasi, ia bukan terus positif sekelip mata, ia ambil masa, purata seminggu [tempoh inkubasi 2-14 hari] untuk orang lain jatuh sakit. 

1️⃣3️⃣ Julai
2️⃣8️⃣ Julai

2 minggu.
Dia dah berada di Malaysia 2 minggu dalam keadaan bebas bergerak, dan sempat sebarkan virus ni tanpa disedari kepada ramai orang.

Sebab itu bila KKM mula buat contact tracing, sangat ramai telah dijangkiti sehingga bukan sahaja di daerah Kubang Pasu, tapi sehingga ke negeri Perlis.

Kluster mula diumumkan 2️⃣8️⃣ Julai 
Kes terakhir diumumkan  0️⃣9️⃣ Ogos

Jumlah dalam 2 minggu ialah 4️⃣5️⃣ kes.

Kluster Tawar
----------------------

Ok kluster Tawar pula.
Macam mana ia bermula?

Kes pertama kluster ini ialah warga tempatan yang merupakan seorang peniaga. Sebelum sakit tu dia ada pergi upacara memperingati kematian ahli keluarga yang telah berlangsung di Pulau Pinang dari 31 Julai 2020 hingga 1 Ogos 2020 yang dihadiri 30 orang. 

Kes telah hadir event kematian 3️⃣1️⃣ Julai
Alami sakit dada + demam  0️⃣8️⃣ Ogos
Saringan Covid-19 dibuat 0️⃣9️⃣ Ogos
Keputusan dilaporkan positif 1️⃣1️⃣ Ogos
Keputusan contact tracing family 1️⃣3️⃣ Ogos 

Melalui contact tracing family dapati ada 9 lagi yang positif, dari mereka yang hadir event memperingati kematian itu. Jadi boleh kata mereka mungkin exposed kepada virus ni semasa event tersebut. Kluster Tawar diumumkan oleh KKM pada 13 Ogos 2020.

Contact tracing yang lebih meluas di buat. Kluster ni sekarang telah melibatkan dua negeri, Kedah dan Pulau Pinang.

Kluster diumumkan pada  1️⃣3️⃣ Ogos
Kes terakhir setakat ini 0️⃣9️⃣ September

Jumlah dalam 4️⃣ minggu ialah 7️⃣9️⃣ kes. Kluster ni jauh lebih ramai berbanding kluster Sivagangga, sebab ia telah tersebar melalui event sosial. (aktiviti berkumpulan bersama keluarga selama 2 hari). Jadi event sosial memang ada amplification effect. 

Kalau kita lihat, dalam kluster Tawar ni pun sama, ia dikesan lebih seminggu selepas event yang menjadi punca sebaran wabak. Jadi dalam tempoh ini mereka semua tak aware telah dijangkiti, dan dah bergerak ke banyak tempat dan berjumpa ramai orang. Sebab itulah virus ini sempat menjangkiti ramai orang di banyak lokasi. Kawalan  untuk Kluster ini ternyata lebih mencabar berbanding untuk Kluster Sivagangga. Walaupun sudah 4 minggu, wabak ini belum tamat dan melibatkan banyak daerah. 

Kluster Sungai 
------------------------

Kes pertama kluster Sungai ini seorang staff kesihatan di Hosp Swasta. Dia ada gejala bermula 30 Ogos 2020 tetapi tidak dapatkan rawatan. Seperti ramai orang lain, dia mungkin rasa itu adalah gejala jangkitan biasa dan bukannya Covid-19. (Bukan dia seorang je macam ni, in fact ramai orang selalu beranggapan begini sekarang dan tidak pergi buat saringan). 

Jadi saringan Covid-19 di buat pada hari yang sama dengan rakan sekerja yang mula ada gejala. Test mereka di buat pada 5 September 2020 dan didapati positif.

Jadi kes pertama ni dah ada gejala beberapa hari sebelum tahu telah dijangkiti Covid-19, jadi tak hairanlah ramai rakan sekerja dan ahli keluarganya telah dijangkiti.

Orang yang dijangkiti Covid-19 ini sebenarnya mula menjangkiti orang lain dalam masa 2-3 hari sebelum ada gejala, kita panggil pre-symptomatic phase.

Jadi kalau bergejala 30 Ogos, maknanya mungkin dari 27 atau 28 Ogos dah mula boleh menjangkiti orang lain. Jadi seminggu dah berlalu sebelum tahu diagnosis, maknanya sekali lagi kita dapat lihat, sebaran berlaku tanpa disedari.

Jadi setelah disusun panjang lebar di atas ni, yang nak highlight, apakah persamaan dalam 3 kluster ini? 

Persamaan yang ketara antara kluster Sivagangga, Tawar dan Sungai:

PENGESANAN KES YANG LEWAT.

Apabila kes dikesan lewat, virus akan tersebar tanpa had sebab orang tak aware, tak sedar mereka sebenarnya dah dijangkiti dan boleh sebarkan kepada orang lain. Tambah lagi jika tak follow sop macam pakai mask, jaga jarak dengan orang lain dan kerap cuci tangan dan tak pegang muka dengan tangan. Wabak tersebar secara senyap, tersembunyi dan tanpa disedari oleh ramai orang. 

Kalau kita bandingkan:

Kluster Siva, dua minggu 4️⃣5️⃣ kes
Kluster Tawar, empat minggu  7️⃣9️⃣ kes
Kluster Sungai, separuh minggu 4️⃣0️⃣ kes ❗

Boleh nampak tak betapa laju ia merebak? 
Boleh dikatakan, makin lama, makin cepat.
Adakah kluster Sungai berpotensi ada lebih ramai orang?  Wallahua'lam.

Jadi kenapa kluster Telaga ni sebarannya perlahan? Antara faktor ialah kemungkinan besar kes di kesan awal kerana mereka adalah staff hospital yang ada direct access kepada rawatan perubatan dan saringan Covid-19.

Mereka yang dijangkiti dan aaa gejala segera buat test, jadi dapat tahu awal dan cepat cepat diasingkan sebelum menjangkiti ahli keluarga mereka. Contact tracing juga daoat dibuat dengan cepat ditempat berbanding jika ia scattered dalam komuniti.

Setakat ni sebaran utama dalam kluster Telaga mostly berlaku di hosp sahaja kecuali semalam kita dah nampak ada generasi kedua, jangkit kepada ahli keluarga salah seorang staff  kesihatan. 

Jadi apa perkara paling penting yang boleh kita ambil iktibar selain nasihat KKM tentang norma baru n sop yang perlu kita ikut yang setiap hari mereka sebut ?

Analisa tentang kluster ni buat kita nampak betapa pentingnya untuk buat PENGESANAN AWAL untuk jangkitan Covid-19 ni.

Pengesanan awal memberi impak yang sangat besar kepada sebaran coronavirus ni.

Apa jadi jika ia dikesan lewat? 

Kesan lewat, wabak tersebar kepada ramai 
Kesan lewat, wabak tersebar ke banyak lokasi
Kesan lewat, wabak susah dikawal
Kesan lewat, lebih ramai yang susah

Kluster Sivagangga, TEMCO 4 + 2 mukim 
Kluster Tawar, PKPD Aman Jaya
Kluster Sungai n Telaga, PKPD 28 mukim ❗

Semakin lama semakin ramai yang affected atau terkesan dengan wabak coronavirus ini. 

Jadi, macam mana nak kesan awal?

Semua mesti beri kerjasama bila KKM buat contact tracing, beri maklumat yang tepat dan menyeluruh. Kena faham yang semua maklumat tentang kontak rapat + pergerakan selama 14 hari sebelum diagnosis adalah sangat penting. Jangan tunggu KKM sahaja buat contact tracing. Hubungi juga kontak rapat masing-masing supaya mereka tahu awal dan boleh segera buat saringan. Janganlah sembunyikan maklumat atau tidak hadir apabila dipanggil. 

Bagi yang berada dalam lokasi wabak, walaupun bukan close contact, kena tahu apakah gejala Covid-19 dan jangan bertangguh buat saringan jika ada alami apa-apa gejala. Jangan dengan mudah anggap itu jangkitan yang biasa sahaja. Tindakan acuh tak acuh begini boleh beri kesan kepada ramai orang di sekeliling kita. 

Cabaran besar dalam pandemik Covid-19 ini ialah kerana ramai yang tidak bergejala membuatkan ia mudah tersebar secara tersembunyi. Ini membuatkan penyakit ini tidak mudah dikesan dan sangat bergantung kepada proses saringan dan contact tracing.

Orang mula sebarkan virus sebelum ada gejala dan ramai orang dijangkiti tanpa ada gejala, sebab itulah pemakaian mask ini bukan untuk orang bergejala sahaja. Jadi kita jangan ambil mudah tentang pemakaian mask ni. Walaupun rasa malas nak pakai sebab rasa macam sihat je, tetaplah juga pakai mask. 😊

Akhir kata terima kasih sudi baca sehingga akhir dan silakan share jika rasa ia beri manfaat kepada orang lain.

Marilah kita doakan semoga wabak ini segera terkawal di wilayah Utara dan tidak merebak ke negeri lain pula. Bagi yang alami kesusahan kerana berada di lokasi wabak, semoga Allah mengganjari segala kesusahan kalian dengan kebaikan berganda ganda. Allahu musta'an.


Coretan pagi 11 September 2020,
Dr Safiya Amaran
Terengganu
c & p

2 comments:

Powered by Blogger.