SELAMAT HARI JADI ANAK KE-2 MAMA


Tanggal 10.1.2018 lahirlah anak ke 2 nadia iaitu seorang putera yang bernama Muhammad Hakeem.alhamdulillah tahun baru ni Hakeem dah berusia 4 tahun..rasa cepat sungguh masa berlalu..Hakeem dapat adik Harraz pun masa usia 2 tahun lebih..tak puas lagi nak bermanja dengan mama kan..

Hakeem sekarang dah banyak bercakap walaupun kadang-kadang ada pelat skit.kadangkala nadia pun kurang faham apa yang Hakeem bagitau..lama-lama baru faham apa yang dimaksudkan cakap dia.biasa la bahasa budak lagi.masih dengar pelat.tetapi takpa dah banyak juga perkataan yang Hakeem boleh bercakap..allhamdulillah syukur.

masa Hakeem berumur 2 tahun lebih nadia agak risau juga sebab dia kurang bercakap dan hanya tunjuk benda yang dia nak tanpa mahu bercakap.nadia dan suami bercakap dan cuba bertanya dia juga walaupun kadang-kadang dia masih kunci mulut berdiam diri tak mahu bercakap.masa tu risau juga sebab dia ada abang yang dok rajin ajak bercakap dan bermain dengan dia.alhamdulillah berkat doa kami sekeluarga dia dah mula bercakap bila dia dah mula dapat adik.

dia cuba bercerita mengikut bahasa dia masa tu walaupun kadangkala kami kurang faham apa yang diceritakannya..tetapi kami masih mendengar dengan  setia dan cuba melayan dia bercerita walaupun dia bercakap dengan pelat bahasanya .

anak-anak mungkin lain perangai dan kebolehan diri.Hakeem seorang adik yang selalu bertolak ansur dengan si abang Arsyad.Hakeem juga seorang abang yang penyayang terhadap adik Harraz.dia akan memastikan adiknya dapat mainan juga jika nadia ada beli mainan baru...

Hakeem..anakku.. mama harap Hakeem akan jadi anak yang baik mendengar kata walaupun kadang-kadang agak lasak dan lincah dan menguji kesabaran mama dan ayah juga.masih panjang lagi perjalananmu meneruskan kehidupan di dunia ini.kuatkan semangat hadapi segala cabaran.

2 comments:

  1. Happy belated birthay Hakeem. Semoga membesar menjadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat. Aaaminn...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.