PLAYGROUND @ PADANG PERMAINAN

Bawalah anak ke playground sekerap yang mungkin, kerana di situlah terdapatnya banyak  rangsangan untuk deria yang utama dalam perkembangan anak2. 

Malah kita sendiri pun... semasa kecil membesar di playground. Boleh ingat lagi tak,almost everyday kan kita main dekat playground? 

✏️Di playground la otot dan sendi kita dirangsang. 
Sebab itu kita jadi kuat 💪🏼
Kita boleh menulis dengan baik sebab ‘core muscles’ of the chest,back and shoulders mendapat ketahanan yang tinggi sekaligus membantu kita utk menahan otot ini daripada mengganggu fungsi jari jemari kita ketika menulis. 

Anak2 zaman skrg apabila menulis dan menggunting,kebanyakan mereka tidak tahu nak gunakan otot mana nak menulis dan pegang gunting. Makanya kebanyakan dari mereka suka mengangkat sekali bahu dan siku ketika membuat aktiviti penulisan dan guntingan. Sebab itulah menulis bukan hanya pen & kertas semata-mata! 

Kenapa jadi mcm ni?
Kurang rangsangan terhadap otot dan sendi. 

✏️Playground juga turut membantu kita menyeimbangkan badan kerana ianya merangsang deria keseimbangan badan (vestibular) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. 

Kanak2 perlu bergerak.
Kita dulu memang boleh duduk diam eh? 
Dah kenapa zaman skrg ni kita nak anak2 duduk diam? 
 
No point bagi anak duduk diam. 
Sebab kalau anak duduk diam,ianya tidak merangsang langsung deria keseimbangan badan ni. 
Disebabkan kita nak anak duduk diam,hasilnya kita dapati: 
📌Anak akan sukar fokus
📌Anak suka berlari ke sana ke mari di dalam kelas
📌Anak kurang keyakinan diri
📌Anak tidak boleh mengawal emosi

Sebab dengan adanya playground,anak2 boleh bergerak dan bebas melakukan apa yg mereka ingin lakukan. 
📌Mereka fokus terhadap pergerakan yang banyak boleh dilakukan di playground seterusnya apabila tiba waktu belajar,mereka tidak mudah terganggu utk melakukan pergerakan kerana mereka sudah puas bergerak! 
📌Meningkatnya rasa keyakinan diri kerana mereka boleh merasai kuasa memiliki pergerakan dan seterusnya membentuk emosi yang seimbang. 

Apa yang salahnya terhadap persepsi kita apabila membawa anak ke playground adalah: 
⚔️We think too much of them getting hurt! Takut anak jatuh,takut anak itu ini... sedangkan kat tangan kita telefon 24 jam. Bila bawak anak pergi playground lagilah kita galak main telefon! 
HELLO!!!!! Anak2 perlukan guidance utk mereka memanjat di mana,pegang kat mana,masuk kat mana,keluar kat mana...... so peganglah anak tu kalau takut anak jatuh! Bukan pegang telefon! Besides,jatuh kerana bermain itu biasa. Apabila dibiasakan dgn jatuh dan menahan sakit,maka anak kita semakin kebal jadinya 💪🏼

⚔️Takut dapat penyakit berjangkit yang bukan2 terutamanya di indoor playground. Ada sesetengah ibu bapa yang dah tau anak sakit,kenapa bawak jugak anak keluar? Masa anak tak sihat,duduklah rumah.... dan kdg2 anak kita menjadi mangsa namun kdg2 kita harus ingat bahawa jangkitan ini bukanlah jangkitan yg membawa maut. Jangkitan ini membuatkan kita renyah nak jaga anak kita semasa sakit.Janganlah ‘overdose’ kan sangat pemikiran kita dengan benda2 seperti ini. Sebab bila kita ‘overdose’ kan,itulah yg kita dapat. 

⚔️Sentiasa cakap “jangan panjat situ nanti jatuh!” Juga membawa kpd jatuhnya anak2 di playground. Itu saya cakap... change your mind and words. Daripada cakap jatuh,lebih baik pergi tolong anak dan bantunya mcm mana nak elak daripada jatuh. 

Kita,kalau org tengah kacau kita berseronok,kita marah kan? Apa ingat anak2 ni tak marah ke kalau kita dok kepohci sana sini masa anak kita tengah seronok main? Mana yg anak lebih suka bila tengah main? Mak ayah datang main sama2 dan bantu atau mak ayah sambil pegang telefon mulut je lebih kepoh sana sini takut anak jatuh itu ini. 
“Ish! Annoying betul mak ayah aku ni!” ——> inilah pemikiran secara tidak langsung yg anak dapat. Sebab anak tu manusia juga sama mcm kita,bukan robot nak diarahkan itu ini. 

Bawalah anak bermain di playground samada indoor atau outdoor sekerap yang boleh. Kalau boleh hari2 bawa... tapi tulah kan,setiap kali bila saya buat ‘site visit’ ke playground,krik krik krik aje..... anak2 saya pun lama2 bosan takde kawan2 nak main menjadikan playground bukanlah satu kawasan yang menyeronokkan sama mcm kita dulu2. Sebab anak2 saya dah terbiasa dengan rangsangan2 seperti ini namun kerana stage of play anak2 saya skrg lebih kepada social play, ketiadaan rakan2 baru di taman menyebabkan taman permainan adalah sangat membosankan. Kena tunggu masa weekends dan cuti sekolah barulah ada ramai org.............

kredit : Facebook



anak bongsuku ceria bermain 







taman permainan berdekatan rumahku




             my heroes... permata hatiku bermain buaian di taman permainan di rumah abah makku

No comments:

Powered by Blogger.