BELAJAR MRI, SIS CUBA😉

Allhamdulillah Nadia berpeluang belajar ilmu radiologi baru belajar mengendalikan mesin MRI walaupun hampir 11 tahun bekerja sebagai juru x-ray.kami semua juru x-ry buat kes MRI pesakit dari Hospital Kulim kat Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sg Petani..kiranya pinjam modaliti mesin MRI HSAH sebab Hospital Kulim belum ada lg mesin MRI 🥺hanya ada mesin ct scan saja.
Tapi,tu la kami buat kes di sini 
setiap Selasa & Jumaat sahaja.

team MRI dari Hospital Kulim selalunya akan datang berlima.seorang doktor (MO) Radiologi,Pakar Radiologi dan 3 orang juru x-ray.kami selalu menaiki kenderaan hospital yang telah disediakan.kadang-kadang saja kami terpaksa pergi dengan kenderaan sendiri  sekiranya kemudahan transport tak dapat disediakan atas sebab faktor tertentu.

selalunya list kes MRI adalah lebih kurang 12 kes .
kes MRI semakin bertambah.moga suatu hari nanti, Hospital Kulim berpeluang memiliki mesin MRI kepunyaan sendiri.pemeriksaan MRI ni memerlukan masa yang lama untuk scan.scan brain(otak) pun ambil masa lebih kurang 30 minit juga berbanding bila kita guna mesin ct scan hanyalah 5-10 minit sahaja.
haaaa nampak bezakan??

💛mesin MRI menggunakan kuasa magnetik & gelombang radio,tiada radiasi dan memang selamat.lebih fokus untuk melihat otot(muscles),tisu,organ (cross section images)
 
💛mesin ct scan memang memberi radiasi yang sangat tinggi kepada pesakit.lebih fokus untuk melihat organ & tisu dalam badan

❤bayangkan buat ct scan brain bersamaan dengan 30 kali kita buat x-ray dada (chest@cxr) (radiasi tinggi)

🌹SUCCESS NEEDS A SACRIFICE 🌹

😓 First time baru setel abis buat kes MRI pkl 7.15malam..sis redha.bertabahlah..

 #radiographerlife☢️ #kejakujuruxray #malaysianfrontliner #kkm #kamisediamembantu #hospitallife #mriteam #ilmu #sayabudakbarubelajar

Nadia belajar dengan rakan
 sekerja Haikal & Kak Siti Mariam






No comments:

Powered by Blogger.