TIDURLAH ANAKKU SAYANG

MUHAMMAD ARSYAD LENA DIBUAI MIMPI


Anak kecil terutamanya bayi memerlukan tidur yang cukup..mereka memerlukan masa yang lama untuk tidur.Biarlah anak kita puas tidur supaya mereka dapat membesar dengan jayanya.

Berikut merupakan pola tidur bagi bayi seiring dengan usianya..semakin besar anak kita, mereka dah tak berapa gemar tidur pada waktu siang kerana mereka seronok bermain dan explore benda baru yang berlaku di sekeling mereka.bila malam baru mereka betul-betul mahu tidur kerana dah penat bermain seharian.

Usia bayiMalam (Jam)Siang (Jam)Total waktu tidur (Jam)
1 Bulan8816
3 Bulan10515
6 Bulan113 ¼14 ¼
9 Bulan11314
12 Bulan11 ¼213 ¾


Begitu juga dengan anakku Muhammad Arsyad ..sekarang umur dia dah masuk setahun 2 bulan..siang tido sekejap ja...ya la masa siang ni selalu sangat dia nak bermain sampai tak mau tido.kalau tido siang pun sekejap ja..dah besar dah anakku..cepatnya masa berlalu.

Sebagai ibu, aku terpesona apabila melihat anakku tidur lena dibuai mimpi indah..wajah mulus yang tidak mengerti apa-apa lagi...yang hanya tahu bermain, makan, tidur sahaja..oh syahdunya melihat buah hatiku tidur nyenyak ..sleep well gitu..melting aih ..bergetar naluri keibuanku.

MASA NI UMUR 7 BULAN TIDO SAMBIL PEGANG MAINAN DIA

No comments:

Powered by Blogger.