tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Monday, 6 June 2016

JADILAH SEPERTI BUAH INI, JANGAN JADI SEPERTI BUAH ITU

Jadilah buah JAGUNG, Jangan jadi buah GAJUS
jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya cuma ada satu.
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

JAGUNG

GAJUS



Jadilah POKOK PISANG
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
MAKSUDNYA : kesetiaan dalam perkahwinan

POKOK PISANG





Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis,Berbeza dengan buah kedondong , luarnya licin tapi rasanya masam dan di dalanya ada biji yang berduri.
MAKSUDNYA: Jangan menilai orang dari luarannya sahaja..bak kata omputih Don't judge a book by its cover.



BUAH DURIAN



BAUH KEDONDONG


Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MANGGA
Taangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya semua seimbang, tidak seperti mangga atau mempelam ad yang kecil dan ada yang besar.
MAKSUDNYA : Selalulah bersikap adil

TANGKAI PETAI

TANGKAI MANGGA


Jadilah UBI KAYU
walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
MAKSUDNYA ; Jagalah hati walau di mana kita berada , walau di tempat yang penuh kekotoran.

UBI KAYU




Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua , semakin pekat santannya
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna

KELAPA


Jadilah seperti MANGGIS
Berapa banyak kelopak  bunga di luar kulit, sebanyak itulah ulas isi di dalamnya
MAKSUDNYA : kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti yang diniatkan dalam hati.


MANGGIS

No comments:

Post a Comment