SYUKUR 10 TAHUN BEKERJA SEBAGAI JURU X-RAY




10 tahun nadia bekerja sebagai 
juru x-ray di hospital kerajaan.
Syukur alhamdulillah❤️
💥2012 - 2022💥
Pelbagai kenangan suka duka & rasa pahit,manis,masin,masam,kelat hadapi cabaran & dugaan bekerja sebagai seorang juru x-ray.

1️⃣Hospital pertama posting Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF,Muar)
2️⃣Hospital kedua berpindah ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB, Alor Setar)
3️⃣Hospital Ketiga berpindah selepas berkahwin ke Hospital Kulim.

🌟Paling lama bekerja di Hospital Kulim & masih di sini lagi mencari rezeki.almaklumlah nadia dah beli rumah berdekatan dgn hospital..mudah untuk ulang alik pi keja balik sekiranya dipanggil bertugas tengah2 malam..biasa la kan kami juru x-ray kadangkala perlu bertugas onkoll 24 jam @ shift pagi,malam & petang.

Pendapat nadia sebagai kakitangan awam yg bekerja di hospital kerajaan,benda penting yg perlu diterapkan oleh setiap pekerja perlu ada semangat KERJASAMA sesama rakan sekerja.apa-apa dalam pengurusan kerja memang perlukan kerjasama sesama rakan bagi melancarkan kerja.memang penting bekerjasama berganding bahu sesama rakan sekerja.

 KOMUNIKASI juga penting dalam melancarkan sesuatu kerja..kita perlu bercakap untuk menerangkan & menjelaskan kepada pesakit perlu buat x-ray di bahagian mana..jangan biarkan pesakit terpinga-pinga bila kita terus x-ray tanpa memberitahu & menerangkan bagaimana keadaan mereka untuk mengatur posisi anggota badan yg di x-ray.
Moga Allah memberi kesihatan yg baik untuk nadia terus berkhidmat kepada masyarakat.terus cekal & tabah hadapi dugaan & cabaran bekerja 
pada era baru ni.

💝Terima Kasih kepada sesiapa yg sudi membaca coretan nadia..dah nak dekat 3 pagi ni,nadia menulis coretan ni .kebetulan nadia bekerja shift malam.saja la menulis kata hati ni berkongsi benda yg positif💞 #radiographerlife☢️ #kejakujuruxray #sayaanakkedah #LadyNadia  #mamaarsyadhakeemharraz#parttimeblogger #sekalisekalamenulis #coretanmalam #berjagamalam

No comments:

Powered by Blogger.