TOXIC PEOPLE

Nurses : Toxic People is everywhere




Mungkin kau pernah berjumpa dengan seorang matron, penyelia , boss, Pegawai atasan, HR, Pengetua dan sebagainya yang memiliki ijazah, master bahkan PhD sekalipun tetapi perangai dalam memimpin tidak langsung menggambarkan tahap pendidikan yang ada.
Akhlak dan adab ke laut !

 Marah sana, tengking sini. Pengurusan berdasarkan secara perintah langsung tiada peluang menerima kau memberi idea apatah lagi memperjuangkan keinginan orang bawahan.

 Mungkin juga kau pernah melihat seorang ketua, sister, incas, pegawai kanan yang sering mandang kau salah. Apa yang keluar dari mulut kau semua tidak betul walaupun kau menggunakan hujah yang konkrit.  Semua yang betul hanya ada pada dia. 

Mungkin juga kau sering bekerja dengan senior yang sering membuli kau di tempat kerja dengan alasan, "Akak dulu lagi teruk kena" atau "Akak buat ni untuk kau cepat pandai". Sedang kau sibuk bekerja, si senior sibuk membelek telefon dan melayari media sosial. Amboi apakah ini?

Mungkin juga, kau pernah bekerja dengan junior yang langsung tidak menghormati kau. Mentang-mentang baru tamat kolej, ilmu teori masih segar di dalam kepala dan mempelajari banyak praktis-praktis terkini berdasarkan kajian. Lalu, dengan bangga dan egonya menyindir kau, "Eh, itu pun akak tak tau. Benda basic kot. Bacalah buku kak. Update sikit ilmu akak ni". Sentap dan membuat darah kau menyirap semaksima yang mungkin . Sungguh, benda ini berlaku.

Hakikatnya, perkara-perkara sebegini akan membuatkan tugasan di tempat kerja yang senang pun menjadi susah. Benda ringkas akan menjadi rumit. Persekitaran yang seronok menjadi toksik, bosan dan stress.

Guys, Toxic people is everywhere. 
Jadi, abaikan mereka ini. Kalau kau fikir hendak tukar ke jabatan lain, unit dan tempat kerja sekalipun, masalah persekitaran toksik ini tidak akan selesai.

Baik yang lelaki egoism dan tegas tidak bertempat, yang perempuan pula terkadang memimpin dengan emosi tidak terkawal dan bahana mulut yang lebih laju dari tangan.

Maaf jika ini menyinggung kalian semua. 

Anggap sahaja mereka ini seperti sampah. Bayangkan ketika kau melintas di tempat pembuangan sampah, bau busuknya mengganggu ketenteraman jiwa sehingga hidung kau tidak mampu untuk bernafas dengan betul.abaikan mereka dan kita buat hal sendiri jer.

Namun, adakah perkara yang waras jika kau berhenti dan memarahi sampah,

"Wei sampah, kenapa kau busuk sangat? Baik kau mamposs terbakar cepat sikit. Sakit hidung aku".

Apa perubahan yang kau dapat? 

Sampah akan tetap menjadi sampah dan busuk. Jalan penyelesaian terbaik ialah, "MOVE ON". Jalan terus. Usah pedulikan mereka-mereka yang 'annoying' disekitar kau.

 Akhirnya, apabila kau fikir balik, hidup kau adalah hak kau. Tiada siapa yang berhak menentukan kebahagiaan dan kegembiraan hidup kau melainkan kau sendiri.

Persetankan mereka yang menyetankan kau.  Kelak mereka yang terlalu toksik akan hancur dimamah keasidan perangai busuk sampah mereka sendiri. Move on, senyum selalu walau tersembunyi dibalik facemask.
Hihihi. 

Ingat, kau kuat apabila emosi kau tidak bergantung dengan kata-kata orang lain yang toksik di mana-mana sekalipun.

#HidupKauHakKau
#KitaBerhakGembiraDgnCaraKita

👉KREDIT FROM FACEBOOK💢


               walaupun nadia berada di kawasan kerja yang ada radiasi sebab bekerja sebagai juru x-ray tetapi nadia cuba menjadi orang yang sentiasa positif & tidak menjadi toksik


No comments:

Powered by Blogger.