KERETA BESAR DAN CANTIK TAPI SAYANGNYA SIGNAL PUN TAKDAK

nadia selalu perhati kereta-kereta besar selalu sangat membelok ke kanan atau kiri tak bagi signal.adoii ingat semua pengguna jalan raya ada sixth sense ka nak tau kereta tu nak membelok ke tak..aduyai..mana kesedaran korang ni?sangatlah bahaya kerana kadang-kadang kereta yang dok belakang tu terpaksa brek mengejut akibat kereta hadapannya membelok tanpa memberi isyarat signal.

sebenarnya, memberi signal atau isyarat ketika memandu adalah act of courtesy menunjukkan adab dan budi bahasa kita.kita perlu memberi signal dan memberi isyarat yang jelas supaya memudahkan pengguna jalan raya yang lain juga.alaa kalau signal dah tak menyala lampunya pergilah tukar yang baru, berapa sangatlah nak repair signal tu..tak kuar modal yang besar pun.cubalah bertanggungjawab apabila mengendalikan kenderaan masing-masing dengan melengkapkan apa yang sepatutnya.




signal digunakan bertujuan untuk memberi isyarat kepada pemandu lain bahawa individu tersebut ingin menukar laluan atau membelok ke arah kanan  atau kiri.sangatlah penting kita memberi isyarat signal apabila ingin menukar laluan, memotong atau membuat pusingan U.

tunjuklah adab dan sopan santun kita apabila ingin membelok atau memotong kenderaan lain dengan memberi isyarat lampu signal.bukannya rugi apa pun.beringatlah sebelum terjadi kemalangan yang melibatkan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

janganlah kereta saja besar dan cantik tapi sayangnya signal pun takdak.berhemahlah apabila menggunakan jalan raya,jadilah pengguna jalan raya yang memikirkan juga keselamatan rakan yang lain.

BERHATI HATI DI JALAN RAYA.
PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT







4 comments:

  1. Stress dengan orang macam nie.. dia ingat kita ada kuasa psikik agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi geram sgt dgn orang yg tak fikirkan keselamatan orang lain sama

      Delete
  2. Tak suka orang camni. Huhu. Bayar duit kereta tiap bulan, tapi tak bayar duit signal agaknya. huuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi...bagi signal bukannya kena bayar pun..

      Delete

Powered by Blogger.