FIRST TIME JEJAKKAN KAKI DI IKEA BATU KAWAN, PENANG


Raya Syawal ketiga yang lepas nadia bersama mak dan adik2 perempuan nadia telah berkunjung di Ikea Batu Kawan, Penang.Ikea Batu Kawan ni baru dibuka beberapa bulan yang lepas.kawan-kawan mesti tau kan ikea tu apa?

Ikea tu merupakan suatu shopping mall yang menjual barang kelengkapan rumah dan merupakan tempat kegemaran orang untuk shopping yang merupakan one stop centre of houseware.sebelum dibuka di utara Semenanjung Malaysia, Ikea ada di Cheras dan Kota Damansara.dulu kalau pi belah KL, mesti orang akan singgah cuci mata dah cuci duit poket beli barang rumah..tapi, sekarang orang yang tinggal di Utara tanah air tak payahlah bersusah payah nak pi sana..kat Penang pun dah ada Ikea.mudahkan untuk kita cari barang.

kalau pi Ikea, antara tempat tujuan orang ramai selalu serbu adalah kafe yang menyediakan makanan yang menjadi buah mulut orang ramai meatball dan chicken wings.kami juga turut sempat merasa makan kat kafe di tingkat 2.kebetulan kami pi masa orang nak pi solat Jumaat , jadinya taklah beratur panjang sangat untuk memesan makanan.

ok not bad la makanan dia..sedap sehinggakan anak nadia makan tak berhenti-henti si Hakeem tu..sedap sangat makan chicken wings tu sampai menjilat jari..kami turut makan mushroom sup.pasta dia bagi nadia kurang sedap sebab agak masam sikit kuahnya..yang lain sedap la.

selepas kenyang menjamu selera, barulah kami berjalan jalan cuci mata beli barang yang kami berkenan.besar sungguh ikea ni sampaikan anak nadia, si Arsyad tu tak larat nak berjalan, nak dok atas troli barang tu.tapi puaslah dapat berpeluang pi berjalan jalan di ikea tu..mungkin kebetulan kami pi masa hari raya jadi senanglah juga cari parking.petang masa nak balik tu baru nampak banyak kereta nak masuk ke pintu ikea.

pengalaman nadia bila berada dalam Ikea tu memang agak seronok melihat showroom yang sangat cantik dekonya..rasa nak buat macam tu juga kat rumah sendiri.jika kita pandai dan suka deko rumah memang baguslah kalau berkunjung di ikea ni kerana ianya dapat memberi secebis idea bagaimana nak hias rumah bagi nampak lebih cantik .

bila ada masa terluang lagi, insyaallah nadia nak mai sini lagi dengan suami pula..masa ni suami kena keja..jadinya nadia pi dengan mak,adik2 dan anak2 saja.





makanan yang kami order..ultraman Arsyad pun sibuk nak interframe juga..hehehehe


chicken wings


meatball


Arsyad & Hakeem


nadia melayan anak2 makan


Arsyad & Hakeem dalam troli

Arsyad & Hakeem bermain tab tv kat dalam bilik salin bayi

nadia bersama mak di  kafe Ikea

kami berlima bergambar kenangan di pintu masuk Ikea


Ikea Batu Kawan, Penang
Arsyad sibuk nak bergaya pakai spek mata hitam..

No comments:

Powered by Blogger.