OOTD RAYA SYAWAL KEDUA

#teammerah #teamrayakedah

gambar ni diambil semasa raya kedua yang lalu..cukup susah nak bergambar si Hakeem ni..ada ja gambar yang tak ready.masa ni suami nadia pi kerja..nadia pi rumah sepupu beraya bersama mak,abah dan adik2..baju t-shirt anak nadia ni sebenarnya adik nadia yang hadiahkan kat Arsyad & Hakeem..adik nadia beli semasa dia pi bercuti di Korea tahun lepas.kebetulan nadia tak pernah lagi pakaikan baju ni kat diaorang, jadinya baju t-shirt ni jadi baju raya anak2 la.baju nadia pula jubah seluar beli online ja...

rezeki anak2 nadia la tahun ni..banyak juga depa berdua ni dapat kutip duit raya.alhamdulillah syukur mama keluarkan duit raya bagi kat anak buah, anak mama pula dapat duit raya juga.insyaallah duit raya anak2 nanti nadia nak masukkan dalam akaun Tabung Haji diaorang nanti.

setiap tahun memang nadia akan masukkan duit raya anak2 ke dalam akaun Tabung Haji masing2.jadi duit raya tu dapat dijadikan simpanan masa depan mereka.setakat ni tak usik lagi la duit raya yang dalam akaun tu.alhamdulillah semakin bertambah jumlahnya setiap tahun..rezeki anak2..💕



No comments:

Powered by Blogger.