ABAH & MAK IDOLAKU❤️
abah & mak Nadia
My Idola❤️
Abah & Mak memang pelajar yg cerdik pandai juga di sekolah tetapi mereka berkorban tidak sambung belajar untuk bekerja dahulu menyara keluarga terutamanya adik2 mereka yg masih kecil.lagipun kami ni bukannya datang daripada keluarga yg senang.nadia bersyukur dilahirkan dalam keluarga yg sederhana dan abah & mak selalu memberi galakan serta sokongan kepada kami 5 beradik supaya belajar rajin2.lagipun, dengan ilmu la yg dapat memberi perubahan besar kepada hidup kita.
Abah & mak memang suka membaca..nadia sudah terdidik dari kecil dengan budaya membaca.jika ada masa lapang abah & mak mesti akan membawa kami semua berkunjung ke Perpustakaan Awam Alor Setar.dekat ja dengan rumah kami..👍🥰
Tu la kan,orang kata Ibu bapa dapat menjadi role model terbaik kepada Anak2.jika anak2 selalu melihat Ibu bapa yg sentiasa membaca setiap masa , anak2 mungkin akan terikut juga tabiat membaca..
💗Abah Nadia suka membaca & mengarang puisi,pantun,sajak.masa abah masih bujang lagi abah pernah hantar puisi kat majalah.rezeki abah ,puisi abah disiarkan di ruangan majalah tersebut..nadia tak ingat dah majalah apa yg menyiarkan puisi abah tu.abah Nadia sangat berkebolehan berbalas pantun sehinggakan setiap kali anak2 buah@anak saudara abah nak berkahwin abah la orang yang diharapkan menjadi perantara @ jurucakap bagi pihak keluarga kami.selalunya Nadia suka dengar bila abah mula berbicara dalam majlis merisik @ bertunang sebagai jurucakap sebab abah pandai dalam menuturkan kata-kata, ayat2 manis & berpantun..sangat hebat❤️👍💐
💗mak nadia pula selalu menulis & mencatat nota isi2 penting dalam buku.mak nadia sangat teratur.setiap kali mak nadia berbelanja ,beliau akan mencatat & mencongak semula perbelanjaan di dalam buku belanjawan.mak nadia pernah bekerja sebagai ketua kerani (chief clerk) di merata sekolah sekitar Alor Setar.dari situ beliau dah biasa dengan kerja menulis,mencatat dan mengira.dari situ,nadia cuba meniru mak..nadia mencatat nota isi2 penting bila membaca sesuatu buku dan mendengar video ceramah agama,motivasi di YouTube, TikTok,Facebook, Twitter.dulu nadia menulis di kertas sahaja tetapi disebabkan selalu letak merata & hilang,jadinya nadia sediakan & mula menulis di dalam buku khas ..
Kelebihannya bila kita menulis & mencatat dalam buku, kita akan dapat membaca semula info tersebut.biasalah kita memang dah tau dan ingat ilmu yg kita dengar tu, tetapi memori ingatan kita takkan kuat & bukan 100% dapat ingat sangat ilmu tu.tu la kan mak nadia selalu pesan catat ja nota dalam buku..memang ada kebaikan🥰terima kasih mak💞💐
💝Buat 3 hero@anak@boboiboy kuasa 3 😉mama harap anak3 mama akan belajar & meniru benda kebaikan yg mama buat. Tak dapat buat semua, buat dulu yg mana boleh & sempat.mama tau selalunya Anak lelaki tak gemar nak membaca & cepat bosan,tetapi takpa sebagai permulaan anak3 mama baca la dulu komik pun takpa..asalkan membaca juga🎀
Terima Kasih kepada sesiapa yg sudi baca sampai habis coretan ni.Tahniah anda berjaya dapat sesuatu kata-kata positif
daripada saya❤️
insyaallah saya akan sentiasa menulis & memberi semangat kepada orang yg mahu berhijrah menjadi lebih baik..harapnya takdak la orang yg toksik @ busuk hati menganggap penulisan saya ni untuk riak & menunjuk -nunjuk.insyaallah Allah Tau siapa saya sebenarnya..saya ikhlas menulis untuk tujuan kebaikan.
#notoxicpeople #ladyxray #radiographerlife☢️ #kejakujuruxray #PartTimeBlogger #tukangambikgambartulangmanusia #MalaysianFrontliners #my2cents #sekadarrenungan #inspirasi #myidola #sharingiscaring #SayangKamuKeranaAllah
No comments: