MRI & KLAUSTROFOBIK

*Kisah terowong MRI dan Claustrophobic (Klaustrofobik)*

Sebagai pengawai perubatan, agak biasa memohon, menghantar dan melihat pesakit melakukan MRI tanpa atau dengan ubat tidur untuk mencari punca atau pengesahan penyakit.

Sekarang giliran aku sendiri merasa pengalaman MRI tanpa ubat tidur...

Sebelum masuk, aku diberi penerangan oleh juru MRI mengenai proses MRI.

Sebagaimana yang dah diketahui,
Akan ada banyak bunyi tembakan semasa imbasan MRI.
Tidak boleh banyak bergerak dan tidak boleh menelan air liur terlalu kerap terutama ketika mesin sedang melakukan tembakan/imbasan.

Sebelum aku ditolak masuk ke dalam terowong MRI,
Satu penutup yang berlubang diletak menutupi muka. Mungkin bagi menghalang pergerakan kepala atau melindungi kepala daripada tercedera.

Kemudian juru MRI meletakkan satu bola kecil di tangan kanan dan badan aku diselimutkan sehingga paras leher.

Kalau ada apa-apa masalah ketika di dalam terowong mri nanti, genggam sahaja bola tersebut sekuatnya. Pesannya.

Semua petugas dan juru MRI keluar daripada bilik tersebut ke ruangan mereka. Tinggal aku sendirian dalam bilik tersebut. Sunyi sesunyinya.

Selepas 2 minit, aku disorong ke dalam terowong mri secara perlahan-lahan...

Kepala masuk, rasa okey walaupun sempit, jarak antara mata hidung dengan bumbung mesin MRI sekitar 5-10cm.

Kemudian masuk pula bahgian bahu, terasa bahu, lengan hingga ke siku bergesel dengan dinding mesin MRI.
Sempitnya!

Bunyi tembakan mula kedengaran.
Macam2 bunyi, ada bunyi panjang, ada bunyi pendek.
Ada bunyi mcm pukulan tin, ada bunyi  mcm pukulan kayu.
Daripada perlahan menjadi semakin bingit dan menyakitkan.

5minit pertama, aku okey.
10minit, aku mula rasa nk menelan air liur dan tangan mulai kebas.
15 minit, aku mula sesak nafas, sakit dada dan tangan semakin kebas. 
Nak bergerak tidak boleh kerana ruang yang agak sempit.
20minit, bunyi tembakan imbasan semakin laju dan semakin kuat, dada aku semakin ketat, aku semakin gelisah, aku lemas dan semakin sesak nafas.
Aku mula mengalami hiperventilasi.

Berkali2 aku meramas bola yang diletakkan ditangan tadi.
Ingin meronta tapi tidak boleh sebab ruang mesin MRI terlalu sempit untuk aku berbuat demikian. Dada semakin ketat.

Ya Allah, aku tidak tahan...
Adakah seperti ini himpitan kubur mu nanti?
Aku tidak tahan.
Ingin menjerit, tapi suara ibarat tersekat dikerongkong. 
Lemas. Sesak nafas. Sakit dada.
Bagai mahu diserang panik (panic attack)
Makin kuat aku meramas bola yang dipegang.

MRI dihentikan, aku ditarik keluar.
Aku sesak nafas, hampir tercungap-cungap aku mengalami hiperventilasi.

Setelah ditenangkan oleh juru MRI, 
Sekali lagi aku cuba untuk disorongkn ke dalam terowong MRI.
Masuk je kepala, aku tidak lagi setenang seperti kali pertama tadi.

Aku terus sesak nafas, rasa ketat dada, berkeringat dan bagai hendak pitam ibarat pesakit yang terkena serangan jantung...
Aku Klaustrofobik... Sessi dihentikan.

Aku tidak mahu teruskan MRI ini.
Tapi disebabkan physician perlu mengesahkan sesuatu menerusi MRI, 
maka MRI diteruskan pada petangnya dgn mengunakan ubat tidur (sedation).

Hasil daripada MRI tersebut, aku dirujuk kepda pakar orthopaedic spine dan juga pakar neurosurgery.

6 bulan lagi, aku perlu laluinya sekali lagi.
Serius aku tak nak ulang MRI tanpa sedation.

Ya Allah, 
aku takut himpitan kuburMu...

Di kubur nanti, 
Mana bola untuk aku ramas?
Siapa yang akan tarik aku keluar semula ke dunia?
Siapa yang akan tenangkan kegelisahan aku?

MRI prosedur yang menginsafkan....
MRI adalah Kubur bagi klaustrofobik...

C&P
Facebook
Dr Hj Muhammad bin Hj Zolkifli.
****saya merupakan seorang juru x-ray yang mengendalikan mesin x-ray tetapi mesin Mri belum sempat belajar lagi..nadia bekerja di Hospital Kulim .bila kes Mri untuk pesakait dari Kulim kami semua pinjam mesin Mri di Hospital Sg Petani.kena bertugas di sana.**




mesin MRI








4 comments:

  1. sy belum pernah kena buat MRI. Jika ultrasound, x ray n ct scan tu biasalah... takutnya. semoga dijauhkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mri merupakan mesin guna magnetik..tu bunyi agak kuat dn pesakit perlu pakai alas tutup telinga lebih kurang macam headphones juga supaya pesakit tak rasa ada gangguan bunyi yg menyakitkan telinga

      Delete
  2. semoga kita semua sihat dalam menghadapi hidup ini...bila sakit ada harga yng perlu dibayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betoi sgt,,hargailah nikmat sihat..jagalah kesihatan kita

      Delete

Powered by Blogger.