DULU Vs SEKARANG PANTANG LARANG WAKTU BERPANTANG BERSALIN
Mai tengok penulisan perubatan seorang doktor di England, Dr Eben Watson, pada tahun 1869.
Kenapa zaman dulu-dulu, ada ibu yang baru bersalin, kalau dia minum banyak-banyak, rahim dia boleh kembang dan bahagian farajnya boleh becak, maka ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan minum air banyak-banyak.
Ini cerita benar zaman dulu, masa tok-tok zaman dulu bersalin di rumah, tetapi bukan lagi benar di zaman sekarang.
Zaman sekarang, ada banyak perubahan di dalam penjagaan kesihatan ibu hamil dan ibu bersalin, di mana 99.5% bersalin di hospital. Kita tak benarkan lagi ibu yang bersalin dapat masalah yang menyebabkan becak-becak ni. Sebab itulah saya bagi nasihat kepada anda semua, anda boleh tinggalkan amalan pantang-larang zaman dulu.
Adat berpantang selepas bersalin zaman dulu hanya untuk orang zaman dulu. TAK relevant lagi dah di zaman sekarang, dan tak perlu di ikut.
Kebanyakan orang zaman sekarang yang tiada tauliah perubatan yang masih lagi mengamalkan petua orang tua zaman dulu, tak pernah tanya pun, kenapa ada petua-petua dan pantang larang macam tu. Kalau di tanya orang tua, akan kena marah sebab banyak soal, disuruh dengar dan ikut saja. Depa kata jangan menderhaka.
Sebab sebenarnya depa marah ialah ramai orang tua-tua yang mengamalkan petua dan pantang-larang tu sendiri tak tahu pun kenapa mereka buat amalan tu, dan depa tak boleh jawab soalan tu. Orang yang marah-marah kita kalau kita tanya dia soalan, selalunya marah sebab dia tak ada ilmu dan tak boleh jawab soalan tu. Maka dia suruh anda diam, sebab nanti dia malu, dia sebenarnya tak tau pun apa jawapannya.
Depa tak tau apa jawapannya, sebab depa sendiri pun dah kena marah dengan orang-orang tua mereka kalau bertanya dan disuruh ikut saja, jangan menderhaka. Kalau kata jangan menderhaka saja, dan dan orang muda akan takut dan terdiam, tak tanya soalan lagi dah. Ikut saja lah. Kalau tak ikut nanti kena marah lagi.
Sebenarnya, orang tua-tua kepada orang tua-tua yang mengamalkan petua dan pantang-larang tu pun tak tahu juga kenapa mereka mengamalkannya sebab depa sendiri pun dah kena marah dengan orang-orang tua-tua zaman dulu-dulu kalau berani bertanya dan disuruh ikut saja, jangan menderhaka.
Sampai laaa sekarang cucu cicit depa tak tau.
Mai chek nak habaq.
Chek boleh beri penjelasan kenapa.
Kalau nak tau kenapa orang tua-tua zaman dulu mengamalkan petua dan pantang-larang dulu, anda kena belajar sejarah perubatan dan baca literature perubatan lama-lama yang hanya doktor-doktor saja yang boleh faham.
Haaaaa perubatan pun ada sejarah tau. Apa yang doktor zaman dulu buat dan nasihatkan kepada pesakit zaman dulu pun sangat berlainan dari doktor zaman sekarang. Kebanyakan doktor-doktor muda-muda takdak masa laaaa nak baca tentang sejarah perubatan sebab depa tak habis belajar untuk pass specialist exams depa lagi pun.
Jadi kalau hangpa tanya doktor-doktor muda dan misi-misi ni, depa pun tak tau mana mai petua lama-lama dan adat pantang-larang ni. Ada yang juga terikut-ikut.
Tetapi, doktor yang rajin belajar tentang sejarah perubatan zaman dulu, dan cari penulisan literature doktor perubatan zaman dulu-dulu, akan tahu bagaimana wujudnya punca nasihat yang disampaikan kepada orang tua-tua zaman dulu-dulu.
Hakikatnya ialah orang tua-tua zaman dulu-dulu tak reti menulis dan membaca maka mereka tak tulis kenapa perawat zaman dulu beri mereka nasihat yang hanya sesuai untuk pesakit zaman dulu. Anak-anak depa lihat dan ikut saja. Sebab itulah sampai sekarang dibawa lagi amalan zaman dulu tanpa mengetahui sebab-sebabnya.
Zaman dulu, bila bersalin di rumah, tiada bantuan untuk bersalin jika ada masalah. Ada ibu-ibu yang mengalami proses labour yang sangat lama, dan tak boleh bersalin dengan normal tanpa komplikasi. Ramai bayi dilahirkan meninggal dunia bila Labour lama-lama dan teran berhari-hari.
Akibatnya ialah koyakkan yang besar berlaku diantara pundi kencing dan saluran faraj (vagina). Inilah dinamakan vesico-vaginal fistula. Vesico tu maknanya pundi kencing. Air kencing dari pundi kencing boleh terus masuk ke dalam saluran faraj dan keluar. Maka sebab itulah boleh becak-becak.
Kalau lubang koyakkan itu kecil, ia boleh sembuh sendiri kalau catu air minum. Masalahnya kalau minum banyak-banyak ialah lubang di antara pundi kencing dan vagina tak boleh tutup dan ditarik menjadi lebih besar jika pundi kencing itu mengembang dan penuh dengan air kencing. Bila tiada air kencing, dan pundi kencing mengecil, baru lubang itu mengecil dan cepat pulih.
Jika koyakkan itu lebih besar di antara rahim dan pundi kencing, kita namakannya vesico-uterine fistula. Hat ni, air kencing dari pundi kencing boleh terus masuk ke dalam rahim melalui lubang di antara rahim dan pundi kencing. Sebab itulah rahim boleh kembang sekali, dan air kencing turun dari rahim ke dalam saluran faraj keluar. Maka sebab itulah boleh becak-becak.
Zaman dulu, belum ada pakar bedah yang boleh buat pembedahan membetulkan koyakkan ini. Nak bius pun kena pakai chloroform. Antibiotic pun tak ada. Maka ramai ibu-ibu ini sentiasa becak air kencing dan suami mereka tinggalkan mereka. Sebab itulah mereka takut kalau tak pantang selepas bersalin, nanti ditinggalkan suami.
Zaman sekarang, bersalin di hospital, kami tak benarkan ibu Labour lama-lama. Kami tak benarkan ibu teran lama-lama. Kalau ada masalah bersalin, kami bantu anda dengan pembedahan Caesarean Section. Kami tak mahu tengok anda merana sampai ke tua dan ditinggalkan suami disebabkan komplikasi fistula ni. Kami pastikan ibu yang boleh bersalin boleh kencing dengan normal dan tiada becak-becak sebelum pulang ke rumah. Maka zaman sekarang, kami tak jumpa lagi dah masalah vesico-vaginal fistula dan vesico-uterine fistula. Doktor-doktor muda dan misi-misi zaman sekarang pun TAK pernah tengok pesakit dapat masalah ini selepas bersalin dan tak tahu pun masalah ini berlaku pada zaman dulu.
Tetapi, jika anda merantau ke benua Afrika, dimana 50% ibu-ibu Afrika masih lagi bersalin di rumah tanpa bantuan bidan bertauliah dan doktor, dan tak mampu pergi ke hospital, seramai 100 ribu ibu yang bersalin setahun dapat masalah obstetric fistula ini. Saya tahu ini, sebab inilah bidang saya. Doktor-doktor pakar di UK zaman sekarang, tak reti dah nak buat pembedahan membetulkan obstetric fistula ini sebab tiada pengalaman. Kalau nak belajar buat pembedahan obstetric fistula repair no, kena pergi ke Uganda dan Ethiopia di mana ramai ibu-ibu menunggu untuk mendapat peluang kehidupan yang baru yang normal. Selepas pembedahan, kita suruh pantang 100 hari dengan suami, sehingga sembuh dulu. Depa di London dah offer saya ke Uganda untuk belajar buat pembedahan ini, tapi saya kata tak payah laaa, saya nak pulang ke Malaysia dan nak tumpukan perhatian saya kepada masalah ibu-ibu Malaysia.
Itulah ceritanya.
You all, bersyukurlah, tak payah ikut dah adat berpantang zaman dulu yang menyeksakan sampai kena catu minum air dan takut suami lari. You all, hanya perlu dengar nasihat doktor dan bersalinlah di hospital. Zaman sekarang tiada lagi obstetric fistula di England dan di Malaysia.
Macam mana nak buat pembedahan Obstetric Fistula Repair seperti yang dijelaskan di dalam penulisan Dr Eben Watson pada tahun 1869? Saya tak tau dan tak reti buat, sebab saya tak pernah buat, sebab saya tak benarkan patients saya labour berhari-hari dan saya tak benarkan patients saya teran berjam-jam sampai baby dia mati dan dapat koyakan macam ni. Saya tak benarkan. Mencegah itu lebih baik dari merawat, supaya doktor zaman sekarang tak perlu lagi buat pembedahan repair macam ini lagi.
Semua patients saya tahu, soalan penting yang saya selalu tanya depa selepas bersalin dan sebelum dibenarkan pulang ke rumah ialah, “Dah bangun pi kencing ka belum?” Kalau anda tak tahu kenapa saya selalu pastikan anda boleh kencing dengan normal selepas bersalin, sekarang anda semua dah tahu. Saya galakkan semua patients saya minum air secukupnya selepas bersalin, inilah nikmat bersalin di zaman sekarang.
Nenek zaman dulu tak tahu ini. Tapi saya dah bagi ilmu ini dengan percuma kepada anda semua. Rugi diri sendiri kalau anda ketinggalan zaman.
Semoga ilmu ini bermanfaat.
Dr Imelda Balchin
Pakar Maternal dan Fetal Medicine
C&P
Facebook Dr Imelda Balchin
Pakar Maternal dan Fetal Medicine
No comments: