BAHAGIA CARA SENDIRI

Orang yang suka post gambar makan-makan, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan kerajinan dan ringannya tangan untuk berbakti dengan cara bersusah payah sediakan makanan.

Orang yang suka post gambar dia anak beranak buat aktiviti, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan waktu yang bersisa dan tenaga yang maksima untuk selalu dihabiskan bersama-sama dengan ahli keluarga.

Orang yang suka post gambar ke hulu ke hilir bagi sedekah pada yang memerlukan, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan kewangan yang lebih dan ketekunan yang tinggi untuk ke sana sini menghulur bantuan seikhlas hati.

Orang yang suka post gambar tengah bertugas, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan hati yang kuat dan semangat yang tekad untuk terus berjihad menyelamatkan orang lain yang sedang tak sihat.

Orang yang suka post gambar tengah mengaji dan hafaz Quran, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan hati yang dekat dengan Al Quran dan tingginya keinginan untuk memperbaiki diri dan memperbanyak amalan.

Orang yang suka post gambar layan anak buat aktiviti, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan idea yang banyak beserta kesabaran yang tinggi dalam membuat anak-anak terhibur hati dan rasa disayangi.

Orang yang suka post gambar mengemas rumah, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan masa lapang dan kreativiti yang kunjung datang untuk buat rumah dia makin tenang dan senang dipandang.

Dan bahagian kita apa?
Bahagian kita ialah doakan yang baik supaya kebaikan kepada orang-orang itu semakin melimpah ruah. Dan dengan itu percayalah bahawa rezeki kita juga akan semakin bertambah. 

Begitu sifir Tuhan.
Kamu doa satu.
AKU bagi dua.

Satu untuk dia.
Tak lupa untukmu juga.

Jika tak punya rezeki seperti orang lain terkadang bukan kerana apa. Tapi kerana banyaknya mempersoal akan rezeki dan kelebihan manusia lainnya.

Kita bahagia cara kita❤️

Kredit : Norhidayah Binti Jamalus





cuba positif dalam hidup ni walaupun ada 
dugaan &ujian yg perlu dihadapi





bahagia caraku menulis blog bila ada masa lapang


8 comments:

  1. Begitulah..kita bahagia dengan cara kita. Rezeki masing-masing. Yang penting kita sentiasa bersyukur.

    "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”
    (Ibrahim: 7)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi sgt,kita bahagia cara kita kan..syukur seadanya

      Delete
  2. Betul tu.. Bahagia setiap orang tu berbeza.. Pandang dengan pandangan yang baik dan doakan semua orang.. InsyaAllah kita pun bahagia juga.. Kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah betul..kita bahagia dengan cara kita sendiri

      Delete
  3. Betul sangat.. kita bahagia cara kita kan..

    ReplyDelete
  4. Bahagia setiap org tidak sama...
    Kita makan nasi kicap dengan telur goreng mungkin rasa biasa ada org makan rasa bahagia sgat sebab dah seminggu tak makan..
    Kita anak ramai mungkin dah biasa.. Ada org anak 1 rasa bahagia sgat2 sebab rezeki dia dapat anak setelah berpuluh2 tahun menunggu..
    Ada org bahagia naik basikal .. ada org bahagia naik kereta besar..
    Definisi bahagia itu subjektif..
    Semoga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada kita semua


    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah amin...bahagia cara masing-masing

      Delete

Powered by Blogger.