tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Tuesday, 6 September 2016

'MARKER' NYAWA SEORANG JURUX-RAY

"MARKER" ???mesti korang tak pernah dengar kan apa itu marker bagi seorang jurux-ray..ka korang pikir marker tu maksudnya penanda tak pun korang pikir marker pen ...ya memang betoi penanda.absolutely right..tapi apa marker bagi seorang jurux-ray pula???

ha mai aku nak cerita skit marker ni benda apa bagi kami sebagai seorang jurux-ray ataupun orang kata keja kami sebagai radiographer.marker ni merupakan penanda bagi filem x-ray iaitu sama ada sebelah "R" (right/kanan) ataupun sebelah "L" (left/kiri).

marker


naper pulak aku kata marker ni nyawa seorang jurux-ray??sebenarnya gini sebagai seorang jurux-ray kami memang perlu menandakan sebelah mana yang dix-ray.sebelah kiri atau kanan.PENTING OOO!!!! 

sebabnya :

 # bagi membezakan sebelah kanan atau kiri bahagian tubuh badan yang dix-ray.perlu meletakkan marker yang betul pada filem supaya mudah doktor mengenalpasti bahagian mana yang sakit/patah/dislocate.

# marker perlu ada pada setiap filem x-ray kerana apabila adanya kes mahkamah yang perlukan filem x-ray sebagai bahan bukti kes.haa kalau tak letak marker kan jadi masalah plak betoi ka si pengadu sakit sebelah kanan ka kiri.jadi filem tersebut tak lengkap dan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti.silap2 jurux-ray pula kena saman sebab buat kerja separuh jalan akibat tak letak marker ja pun..masalah tu.

# perlu dix-ray semula atau repeat again the x-ray jika tak letak marker.bukannya apa jika filem x-ray takdak marker dan pesakit perlu dix-ray kedua-dua belah bahagian tak ke susah doktor nak tahu mana satu bahagian badan yang dix-ray.ha lebih baik sebagai jurux-ray bertauliah , perlu cuba memudahkan kerja doktor mendiagnosis dan menganalisa gambar filem x-ray tersebut.kita mudahkan kerja orang , insyaallah tuhan akan mempermudahkan kerja kita.


marker ni ada bermacam bentuk..ada yang bertali panjang, dan ada yang bentuk kecik yang selit pada kaset dan macam2 la.jika marker hilang dan takdak marker aku mesti rasa macam tak lengkap ja kerjaku ambik x-ray sebab takdak marker..marker tu ibarat nyawa kami dah, aset penting tu..kalau hilang pun, mesti buat lain ataupun beli yang baru..kena gak cari pengganti.

sebagai penjagaan marker, seeloknya cuci marker dan rendam dalam sabun antibakteria.sebabnya marker diletakkan di kaset yang digunakan untuk x-ray beribu pesakit.jadi kenalah rajin juga cuci marker supaya takdaklah berjuta-juta bakteria yang melekat pada marker.

gambar dada (chest) yang diletakkan marker "R"

contoh marker



6 comments:

  1. mesti best kan jadi radiographer. pernah ada cita-cita nak jadi. tapi tk kesampaian. hehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...ok la..best juga..

    ReplyDelete
  3. Wah baru tau...
    Mmg buat kerja kena details sbb kita buat kerja connect dengan org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..memang pun..kena buat kerja biar sehabis baik dan complete.mudahkan kerja doktor sama

      Delete
  4. Salam, radiographer ya... Saya jugak! Salam berkenalan 😘😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam.ya radiographer..salam perkenalan juga:)

      Delete