HARU KA SADIS??SUSAH NAK INGAT NAMA PELAKON KOREA...TAPI DRAMA TETAP LAYAN JER...HEHEHEHE

nadia layan juga drama Korea tak kira la bersiri ke tidak .memang suka tengok dan ikut jika jalan ceritanya lain daripada yang lain.tapi yang pelik bin ajaibnya nama pelakon Korea seorang pun tak ingat dan betoi2 kenal .memang susah benor nak ingat nama depa padahal nama diaorang taklah panjang sangat pun.mungkin faktor penuaan kot no...haru ka sadis ni kawan-kawan??



lagipun kadang2 muka lebih kurang macam nak sama gak kadang2 tu.almaklumlah orang Korea kan mata sepet.memang susah nak lekat dan terpahat kat minda ni bila nak cuba ingat nama pelakon Korea.memang bila dah habis tengok sesuatu drama ingat sat nama pelakon semua tapi lepas dah sebulan terus lupa dah pelakon yang berlakon tu nama apa..adoi.....kadang2 layan drama bersiri tu sampai berminggu-minggu pun nama pelakon tu akan luput daripada ingatan bila dah settle dah ending drama tu.hahaha haru betoi kan?

taktau la pasaipa kepala otak susah nak hadam nama-nama pelakon Korea ni.mungkin sebab nadia ni lebih suka tengok dan layan drama ja tanpa hiraukan sapa yang berlakon tu.sebabnya semua pelakon Korea hebat dan handal berlakon. jadi memang tak heranlah nadia boleh buat boolayan ja nak ingat dan kenai nama pelakon tu.hahaha biarlah kan.tak rugi apa pun.

yang penting bila tengok drama Korea ni dapat memberi mesej dan pengajaran berguna juga kepada kita semua..nilai-nilai yang murni boleh diterapkan dan diamalkan sekiranya tidak bertentangan dengan budaya kita kan.jadi kalau ada yang tanya dan bersembang pasal pelakon itu ini memang saya tak pandai nak berborak tapi jika sembang pasal drama Korea itu ini dan sekian-kian insyaallah saya dapat bertukar-tukar cerita.

kesimpulannya, perlu ke nak tahu nama dan kenal pelakon Korea ?jadi, semuanya terpulanglah kepada anda semua ye..tepuk dada, tanya selera.


DRAMA YANG BARU SELESAI NADIA MARATHON KAT ONE HD..BEST..KISAH IKAN DUYUNG


4 comments:

  1. Kisah ikan duyung.. Hehehee tapi kalau ikan duyung versi moden mesti lagi best.

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan Reen Johari...hehehehee..tp jalan cerita menarik juga kan:)

      Delete
  2. Mai pun suka tengok korea tapi rasa payah nauuu nak hafal nama diorang, baik dalam filem/drama ataupun nama sebenar, kecuali yang betul2 femes mcm kwang soo, lee minho, hhahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah mai kita sama la..memang nadia suka tengok korea tapi mmemang payah nau nak ingat nama sebenar pelakon tu...hehehehehhe

      Delete

Powered by Blogger.