tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Monday, 7 November 2016

JADI KEMBAR PENYANYI JULIANA BANOS ZAMAN SEKOLAH DULU

masa hari pertama nadia menyambung persekolahan di sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) ada la beberapa orang kakak senior yang menegurku dan bertanya diriku ni ada pertalian darah dengan penyanyi yang di bawah naungan KRU Studios iaitu Juliana Banos.nadia ni adik Juliana banos ke??

nadia pun agak terkejut juga la bila tiba-tiba ada orang tak pernah mengenaliku ni bertanya macam tu.nadia menafikan dan dah memang betoi nadia takdak langsung pertalian darah dengan penyanyi tersebut..masa tu tahun 1999 memang popular la penyanyi Juliana Banos yang famous dengan lagunya "Mana Satu"dan "Cinta Gila".Juliana Banos ni pun ada juga berlakon filem Gila-gila Pengantin, Gerak Khas dan banyak lagi.


gambarku agak kabur maklumlah dah lebih 10 tahun dah foto ni..kurang jelas..sori ye, tak dapat sangat korang bezakan



kakak senior bagitau memang masa tu nadia masih berumur 13 tahun muka sangat mirip dengan Juliana Banos.adooi nadia pun apalagi terkejut gak la dengan percakapan diaorang tu smpai terus panggil nadia dengan gelaran Jun ..padahal nama nadia takdak langsung kaitan dengan jun..disebabkan nadia bersekolah di asrama penuh jadi  memang selalu bertembung la dengan kakak dan abang senior di dewan makan, padang permainan, library, surau, dan sebagainya. 

jadi, disebabkan wajah nadia mirip Juliana Banos kakak senior sampai hebohkan kat satu sekolah yang muka kami berdua serupa sangat..jadi popular plak disebabkan muka kami serupa dan seiras.kebetulan ja muka kami nak sama.nadia bukannya nak riak atau banggakan diri sebab muka mirip dengan penyanyi tu.semuanya kebetulan ja..nadia cerita semua ni hanyalah untuk perkongsian bersama teman-teman.sekadar cerita jer tau..takdak niat bangga ataupun apa saja la..

tapi, sekarang ni dah tak macam muka Juliana Banos la..dah lain bebenor la..kan dah jadi mak budak...


4 comments:

  1. Hee nadia...
    Mmg sama sgt ngn juliana banos tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak alia...zaman dulu kala ..skrang tak sama dah pun...hehe

      Delete
  2. Ada irasnya tu kak, hihi mesti famous kt sekolah sbb sama dgn artis, Mai peminat juliana banos juga, suka lagu dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa dulu famous lah kejap...hehe..zaman dulu2..oo Mai peminat jun ek?

      Delete