TIPS MENGATASI ANAK YANG MENGALAMI MASALAH SUKAR MANDI

mandi merupakan aktiviti wajib yang perlu dilakukan selepas bangun daripada tidur yang lama di malam hari.bagi anak yang masih kecil, ibu perlu memandikan anak.sekiranya anak dah lebih setahun umurnya bolehlah kita ajar cara-cara mandi dengan betul.kita perlu memantau mereka mandi dan biarlah dia bermain dengan air seketika.



di sini saya kongsikan tips untuk golongan ibu bapa bagi mengatasi masalah anak yang sukar mandi :

👌 sediakan kelengkapan mandi seperti sabun, syampu dan tuala.pastikan syampu yang digunakan tidak memedihkan mata anak anda.jika tidak, anak anda akan fobia untuk mandi jika terkena sabun masuk ke dalam matanya.

👌gunakan pancuran air dengan kelajuan yang rendah skiranya memakai shower .kadangkala pancuran yang tinggi menyebabkan anak anda takut kerana air yang terlalu kuat mengenai tubuh badan mereka.

👌mencuba menggunakan alatan mandi yang disukainya seperti mempyai gambar kartun kegemarannya.

👌mengajaknya mandi sekali dengan anda untuk menggalakkan dan memeujuk mereka untuk mandi.ini sedikit sebanyak boleh menghilangkan rasa takut terhadap air.

👌bacakan cerita-cerita teladan mengenai kepentingan mandi dan menjaga kebersihan diri.ini dapat menjadi contoh teladan kepada mereka.

👌jadikan aktiviti mandi sesuatu yang menyeronokkan seperti menyanyi ketika membasuh tangan, kaki , badan dan sebagainya.



anak kecil harus diajar mandi supaya menjadi suatu rutin harian mereka.sebagai ibu bapa, kita perlu memberi dorongan supaya anak kita tahu betapa pentingnya mandi setiap hari.ini merupakan kebersihan diri dan dapat mengajar anak kita menjadi seorang pembersih.

4 comments:

  1. Ada tak tips untuk suami yg malas mandi.
    Kalau ada kongsilah

    ReplyDelete
  2. amboi dia..entahlah susah nak cakap.hehehe

    ReplyDelete
  3. Tips yang bagus..
    Salam perkenalan.. Done follow..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.