RELAKAN DIRIKU MEMAKAI FACE MASK WALAUPUN RIMAS..PPE OK!!!

kat sini kawan-kawan sekalian tahu tak apa tu PPE??
meh sini nadia nak cerita skit amenda PPE tu kan..orang yang bekerja dan memerlukan pemakaian PPE mestilah tau kan.

oklah, sebenarnya PPE ni merupakan peralatan perlindungan diri atau lebih dikenali personal protective equipment.PPE adalah termasuk segala bentuk pakaian dan peralatan tambahan/aksesori yang direkacipta untuk perlindungan daripada hazad dan segala bahaya di tempat kerja.

PPE dipakai di hospital, kawasan pembangunan,kawasan radiasi dan banyak lagi la.disebabkan nadia keja di hospital, jadi nadia nak cerita PPE kat hospital saja.kat bawah ni merupakan antara senarai PPE yang perlu dipakai di hospital




untuk pengetahuan korang, nadia sebenarnya rimas bila perlu memakai PPE almaklumlah keja dengan pesakit.saya ni juru x-ray ..tambahan lagi pakai face mask. tapi nak buat macam mana..kena relakan diri juga la.untuk protect diri juga kan.kalau pakai gloves atau sarung tangan takpa lagi..face mask atau sarung topeng muka tu kadang2 jadi rimas semula.panas dan mengundang ketidakselesaan.mau tak mau kena hadap juga la ..huhuhu

sesiapa yang memakai face mask tau la camna rasanya kan.tapi secara jujurnya nadia memang tak suka pakai face mask tapi disebabkan perlunya memakai PPE sepanjang bekerja jadi kurelakan juga la.takpalah lagipun boleh mencegah diri daripada terkena jangkitan penyakit seperti tibi jika berhadapan dengan pesakit tibi.jika tak memakai face mask sekali dia bersin mungkin nadia terkena pula jangkitan penyakit pesakit tersebut.

pasal gloves atau sarung tangan kami juga dapat mengelakkan tangan terkena jangkitan bakteria atau kuman apabila menyentuh pesakit.kadang-kadang terkena darah pesakit pula jika memerlukan x-ray pesakit yang mengalami pendarahan pula.

kesimpulannya, lebih baik memakai PPE untuk kebaikan diri juga.bak kata orang jagalah diri kita semasa bekerja.ok sekian dahulu entri ni, bye...

face mask @ topeng muka












No comments:

Powered by Blogger.