RESEPI NASI TOMATO NOXXA

BAHAN TUMIS A
6 ulas hirisan bawang merah
4 ulas hirisan bawang putih
2 inci hirisan halia
2 helai daun pandan
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
2 inci kulit kayu manis

BAHAN MASAK B
3 sudu besar mentega
½ pot susu cair
2 sudu besar tomato puree
4 pot air (mengikut keperluan semasa)
Garam secukup rasa
3 pot beras setelah dibasuh bersih

CARA MEMASAK

Mula-mula masak menu STIR FRY
1)      Plug dihidupkan atau switch ON
2)      Tekan menu STIR FRY dan tekan ON
3)      Masukkan 3 sudu mentega
4)      Masukkan bahan tumis A apabila mentega dan cair dan menjadi panas


5)      Kacau hingga naik bau dan bawang menjadi kekuningan
6)      Masukkan susu cair dn 2 sudu besar tomato puree


7)      Letakkan garam dan kacau sekali dua
8)      Masukkan 4 pot air
9)      Bila sudah mendidih tekan butang OFF

Lepas itu masak dengan menggunakan menu Low Pressure(kalau High Pressure nasi selalu jadi berkerak)

6) masukkan beras dan kacau

7) Tutup periuk PC Noxxa dan tombol perlu dipusing hingga ke Titik Pressure
8)      Tekan menu Low Pressure sebanyak 7 kali untuk 7 minit
9)      Tekan butang On
10)   Bila nasi dah masak, akan dengar bunyi dan menunjukkan angka 0.0.

Amaran : jangan terus buka tudung periuk..BAHAYA kerana berada dalam keadaan pressure

11)    Pusing tombol ke titik Steam
12)   Jaga-jaga jangan dekatkan muka ke arah titik Steam tersebut kerana wap akan keluar.
13)   Buka tudung periuk bila dah abis semua wap keluar
14)   Kacau nasi dengan senduk dan tutup semula untuk lebih mesra
15)   Butang Reheat akan menyala
16)   Ok, siap…


17) sedap dimakan dengan ayam masak merah dan acar timun

Untuk pengetahuan korang, nilah first time nadia guna periuk noxxa ni .menu pertama adalah masak nasi tomato noxxa..jadilah juga akhirnya dengan panduan resepi dari kawan2 yang pernah menggunakan periuk pressure cooker noxxa ni.OK, SELAMAT MENCUBA YE.



4 comments:

Powered by Blogger.