FIRST TIME & LAST TIME BERKASUT TUMIT TINGGI

Pertama kali dalam sejarah hidupku menyarungkan kasut tumit tinggi semasa majlis kenduri kahwinku pada tahun 2014.dah 2 tahun berlalu tapi momen tersebut masih segar dalam ingatanku ni lagi.masa tu nadia masih lagi slim melim jika dibandingkan dengan sekarang ni..sekarang ni dah makin sihat dah..almaklumlah dah bahagia bersama insan yang  tersayang..dah ada famili sendiri..a sweet small family with a lovely husband and a handsome boy..alhamdulillah syukur..

Mula2 nadia agak kekok juga la nak pakai kasut tumit tinggi ataupun orang putih kata high heels..ha la kan tak pernah pakai kasut macam tu.dok besa pakai kasut yang flat sahaja.encik suami nadia ni orangnya sangat tinggi la juga dengan ketinggiannya 185cm..nadia ni sederhana ja tingginya cuma 158cm saja..ha korang perasan tak banyak bezanya kan ketinggian kami suami isteri ni kan.

Jadi, mak andam kata pakai la kasut tumit tinggi tu biar nampak sama tinggi skit dengan encik suami.pikir punya pikir nadia pun pakai la high heels tu.belajar la berjalan..aduhai macam nak terjatuh ja oooi…sabar  je la..tapi nadia nekad nak nampak sepadan bila berjalan beriringan dengan suami bila nak masuk dewan masa kenduri kawin tu.tu pun masih nampak encik suami tinggi lagi daripada nadia.apa nak buat dah masing2 tinggi macam tu dah.



Bila berjalan tu memang nadia cuba kawal diri supaya tidak terjatuh.kalau tak malu kat tetamu yang hadir masa kenduri kawin tu..jangan buat malu la nadia ooi…alhamdulillah nadia dapat juga menyarungkan kasut tumit tinggi dan berjalan dengan jayanya..syukur syukur alhamdulillah..


Untuk pengetahuan korang semua, tulah first time dan last time berkasut tumit tinggi masa kenduri kawin tu..lepas tu, memang tak pakai langsung dah.almaklumlah nadia memang tak biasa berkasut tumit tinggi.lagipun keadaan semasa juga  .kan nadia bekerja sebagai juru x-ray jadi perlu memakai kasut yang tapak rata dan tidak memudaratkan..ha la kan kami n kena kerap guna tenaga berjalan sana sini ambil x-ray pesakit..memang wajib la pakai kasut yang bersesuaian .lain la kalau nadia bekerja di pejabat saja.

Oklah, saja ja nak berkongsi cerita mengenai high 

heels.sekian, wassalam..





wedding 24.3.2014 (sebelah perempuan)



wedding 29.3.2014 (sebelah lelaki)





2 comments:

  1. Semoga berbahagia.hingga ke.syurga.
    Kasut tumit tinggi Beri kesan tidak baik pada.kaki jika pakai selalu

    Singgah dari arzmoha.com

    ReplyDelete
  2. ya,,memang tak brapa elok sangat umtuk kesihatan kalau kerap pakai kasut tumit tinggi...terima kasih mendoakan kebahagiaan saya...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.