FIRST TIME MENDOBI BAJU DI KEDAI DOBI LAYAN DIRI

kat negara Malaysia sekarang dah banyak kedai dobi layan diri..sesiapa yang masih bujang dan juga yang telah berkahwin ada yang memilih untuk mencuci pakaian di kedai dobi layan diri.ada yang hanya datang untuk mengeringkan pakaian sahaja kerana kadang2 musim hujan pakaian lambat kering..jadi datanglah ke kedai dobi layan diri untuk  guna  mesin dryer yang ada..

untuk pengetahuan korang, sepanjang nadia hidup di dunia selama 29tahun ni, nilah pertama kali nadia mencuci pakaian di kedai dobi layan diri iaitu kedai dobi Juta di Kulim Avenue.terpaksa juga mendobi pakaian disini sebab mesin basuh buat hal plak..huhuhuhuh.kedai dobi layan diri ni dibuka 24 jam dan adanya pengawasan kamera CCTV.sangat mengutamakan keselamatan orang awam yang menggunakan perkhidmatan dobi di sini.

KEDAI DOBI JUTA DI KULIM AVENUE



di sini ada mesin untuk membasuh pakaian (washer) dan mesin mengeringkan pakaian (dryer).untuk menggunakannya kita perlu memasukkan duit syiling mengikut jumlah yang ditetapkan.anda tak cukup duit syiling??jangan risau di sini juga ada mesin untuk menukarkan wang kertas kepada duit syiling.mudah kan dan menyenangkan pengguna.

PENGAWASAN KAMERA CCTV 24 JAM


BAYARAN YANG DIKENAKAN  

DRYER DAN WASHER MACHINE



MESIN PENUKARAN DUIT SYILING


kalau tidak ada sabun pencuci pakaian ataupun anda terlupa bawa janganlah risau kerana kedai dobi Juta menyediakan sabun dan pelembut pakaian secara percuma.bagusnya kan...sementara menunggu pakaian abis dicuci atau dikeringkan anda dapat melayari internet juga kerana adanya internet wifi.taklah bosan sangat kan.kemudahan mesin yang menyediakan air dalam minuman tin juga ada terdapat di sini.jadi sesiapa yang haus bolehlah menikmati minuman yang terdapat di situ.

pendek kata, kedai dobi layan diri ni sangat mesra pengguna.banyak kemudahan yang terdapat di kedai dobi Juta.jadi, warga sekitar Kulim bolehlah mendobi pakaian di sini sekiranya anda memerlukan perkhidmatan dobi.nadia sangat berpuas hati dengan servis dan segala kemudahan yang disediakan di sini.sekian dahulu entri ni..

PERCUMA SABUN DAN PELEMBUT

KEMUDAHAN MEJA, KERUSI DAN MESIN AIR MINUMAN


2 comments:

  1. saya pun hri tu first time pergi dobi sbb ada probl ngn rmh tgh renovate..kalau x mmg xsmpai kot. hehe..

    salam kenal, jemput singgah blog saya. done follow blog ni

    ReplyDelete
  2. ok tq ummul azkee...ok i want to follow u back

    ReplyDelete

Powered by Blogger.