10 KELEBIHAN MEMILIKI CAHAYA MATA
1) Memenuhi firah manusia
semua pasangan yang telah berkahwin semestinya menginginkan zuriat dan anak sendiri hasil tanda cinta suami isteri.ada yang berpeluang mengandung setelah baru sahaja berkahwin dan ada juga yang telah bertahun tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat lagi, masih terus menanti dengan sabar.apabila telah mendapat anak pastinya membahagiakan.perasaaan bahagia ni dirasai oleh pasangan yang telah bergelar ibu bapa.suatu perasaan yang sangat istimewa.2) peluang keemasan meraih pahala besar
apabila sudah mempunyai anak , ibu bapa perlu mendidik dan membesarkan anak dengan penuh kasih sayang.bermula daripada fasa mengandung sehinggalah melahirkan kita sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan bersikap positif dalah kehidupan seharian.ini dapat menambah dan memberi ganjaran pahala kepada kedua-dua ibu bapa.sentiasa bersabar melayan kerenah anak yang semakin membesar dan perlu bijak mengawal keadaan semasa.
3) mengukuhkan ikatan kekeluargaan, perkahwinan dan kekeluargaan
sesetengah masyarakat mendambakan kehadiran zuriat sebagai penyambung kehidupan dan nak adanya waris.tetapi bagi pasangan yang belum dikuriakan cahaya mata ada juga yang mengambil inisiatif mengambil anak angkat dan mendapatkan rawatan kesuburan di klinik atau hospital.jagalah ikatan perkahwinan dengan suami supaya anak yang dikandung masih merasai adanya seorang ayah di dalam dunia baru mereka.
4) Murah rezeki
memiliki cahaya mata merupakan suatu bentuk rezeki yang tak ternilai.janganlah takut untuk menambah bilangan anak sebab setiap anak ada rezeki dan bahagian yang tersendiri.jika dapat menguruskan kewangan dengan baik insyaallah rezeki tak akan putus.selain itu, dapat membangkitkan motivasi buat si bapa supaya bekerja keras untuk menyara kehidupan sekeluarganya.
5) Pewaris atau penyambung legasi yang dibina
setelah mempunyai anak semestinya ibu bapa akan mewariskan ilmu yang ada padanya supaya si anak dapat meneruskan kesinambungan kerjayanya.seorang ahli perniagaan mengimpikan untuk menyerahkan syarikat yang diusahakannya, seorang doktor mengharapkan anaknya dapat mengambil alih kliniknya, seorang peguam berhasrat memperturunkan firma guamannya dan seorang ulama inginkan anaknya menggantikan tempatnya mengajar di sekolah pondoknya.jika tanpa anak, siapa lagi akan meneruskan legasi sejak turun temurun?6) Anak soleh saham kekal dunia dan akhirat
sekiranya sejak kecil, ibu bapa telah mendidik anaknya membaca alQuran, berzikir, solat,membaca doa2 harian dan menerapkan nilai2 positif makanya insyallah apabila sudah dewasa anaknya akan sentiasa mendoakan ibu bapa setelah mereka meninggal dunia.7) Harapan supaya anak akan menjaganya semula apabila sudah lanjut usia
jika mempunyai anak, sudah tentu anak yang baik akan menjaga ibu bapanya semula apabila mereka sudah tua.anak yang dididik dengan ajaran Islam yang sempurna tidak akan membiarkan orang tuanya tinggal di rumah orang tua.menjaga orang tua memerlukan kesabaran yang tinggi.8) Menjadi seorang yang lebih menghargai ibu bapa sendiri
apabila seorang wanita yang sudah bergelar ibu semestinya secara automatiknya dia akan terdetik di hatinya betapa besarnya pengorbanan ibu bapa menjaganya daripada kecil.bapa juga akan merasai jerit perit isterinya melahirkan zuriatnya dan dia juga akan lebih menghargai ibu bapanya pula.9) Dapat mempelajari sesuatu melalui anak
anak-anak yang kecil dan sudah mampu berdikari suka berkongsi maklumat baru dan menegur kesilapan ibu bapa mereka.mereka akan menerangkan apa yang telah dipelajari kepada ibu bapanya supaya ibu bapa berubah ke arah kebaikan.contohnya ibu bapa yang kurang melakukan ibadah solat maka si anak akan menegur mereka dengan memberitahu ustazahnya telah mengajarnya azab yang akan dapat jika selalu meninggalkan solat.lihat ..anak pun dapat memberi impak yang baik juga kepada ibu bapa.10) Anak akan membantu ibu bapa menyelesaikan kerja2 rumah sesuai dengan keupayaan mereka
anak-anak mampu menguruskan kerja2 rumah yang seperti membasuh pinggan, membasuh baju, melipat pakaian, mengemas rumah.apabila anak sudah dewasa macam2 kerja rumah yang boleh dilakukan mereka.ini akan meringankan beban si ibu bapa pula kerana ibu bapa sudah penat seharian keluar bekerja.****### Alhamdulillah aku juga berpeluang memiliki cahaya mata pertamaku Muhammad Arsyad.semasa melahirkannya aku berumur 28 tahun.aku berharap Muhammad Arsyad akan menjadi anak soleh dan penyejuk mata aku dan suamiku.Insyaallah..aku turut berdoa agar dapat memberikan Arsyad teman bermain iaitu adik.moga impian menambah lagi zuriat menjadi kenyataan.Aminn....
alhamdulillah...akak dah ada anak sorang..dah anak dara dah pun...rindunya nak ada anak kecik
ReplyDeletetunggu apa lagi kak amanda suria ..tambah la anak lagi..hehehehehee
Delete