MANJAKAN DIRI DI SPA JARI JEMARI TINIE, KULIM

Badan lemau, letih, muka tak berseri,urat kembang dan macam2 lagi la ketidakselesaan badan mengundang diriku untuk mengunjungi spa.baru-baru ni aku telah berkunjung ke Spa Jari Jemari Tinie yang terletak di Taman Kemuning bangunan tingkat atas sederet butik Anakku dan Perkeso.pemilik spa ni sangat baik hati iaitu Kak Tinie atau nama facebooknya Zuria Tinie Md Sazari.sebelum aku berkunjung ke spa tersebut aku dah booking dulu slot Pakej Melur.



Pakej Melur tu ada urut,tungku dan facial..tapi memandangkan tungku not available aku gantikan dengan sauna.jadi set combo yang aku ambik adalah urut,facial dan sauna.harga 1 set combo ni adalah rm100..murahkan sebab masa ni spa beri harga promosi.alhamdulillah rezeki untukku sebab kebetulan aku cuti, tidak bekerja .jadi, aku gunakan peluang keemasan ni untuk memanjakan diri di spa.bukannya selalu kan nak dapat peluang macam ni..dahlah sebelum ni busy sangat sebagai seorang juru x-ray di hospital kerajaan adanya keja shif dan sistem onkoll.takdan aih nak pi spa semua ni.tapi kerana sayangkan diri aku perlu buat sesuatu untuk kembalikan kesegaran badan sendiri.kalau tak tolong diri sendiri siapa lagi nak tolongkan .aku sayang diri aku ni.orang tua kata kita nak pakai lama jadi kena la ikhtiarkan sesuatu untuk diri.

Untuk pengetahuan korang, ni kali kedua aku pergi ke Spa Jari Jemari Tinie ni.kali pertama aku datang untuk urut traditional dan peranakan.yang seronoknya pemilik spa ni Kak Tinie yang jadi tukang urut ataupun orang kata mak bidan.urutan beliau terbaik dan menyegarkan badanku semula.sebenarnya kak Tinie memang mengurut orang lepas bersalin di sekitar Kulim dan Padang Serai.dia pergi sendiri ke rumah pelanggan yang booking untuk mengurut.lagipun kak Tinie ada juga buat pakej delivery makanan dalam pantang untuk orang lepas bersalin..haa bagus kan.pelanggan  biasa yang nak urut traditional perlu datang ke spa  beliau dan perlu booking slot dulu..biasalah kak Tinie memang busy orangnya jadi kita kena tengok masa beliau free.

bilik untuk mandi dan sebelahnya adalah bilik sauna

tempat untuk facial, lulur



Macam-macam pakej di Spa Jari Jemari Tinie seperti pakej nikah kahwin, pakej penutup pantang, pakej bulan madu, pakej manja dan pakej dayang.dalam pakej tu ada yang ada sauna,lulur,urut,facial,mandi bunga,dan banyak lagi la.bergantung pada pakej yang diambil la ye.aku berharap kak Tinie akan terus sukses dengan bisnes beliau.aku sangat kagum dengan kesungguhan beliau dalam mengendalikan spa beliau dan tidak lokek berkongsi ilmu menceritakan pengalamannya jatuh bangun untuk membuka spa ni.aku tabik spring pada beliau walaupun sibuk menguruskan keluarga, ibu kepada 4 orang anak ni sentiasa melayan pelanggan yang datang ke spanya dengan baik dan ramah.

Akhir kata, sesiapa yang dok kat area Kulim marilah berkunjung ke Spa Jari Jemari Tinie.sangat berbaloi dan harganya yang ditawarkan juga berpatutan.sekian dahulu entri ini..


aku bersama kak Tinie, pemilik spa


tab untuk mandi bunga




pelbagai pakej yang ditawarkan


3 comments:

  1. best kalau sesekali dapat pi spa..lama dah x pi..

    ReplyDelete
  2. ya memang betoi kak amanda suria..best sesekali manjakan diri di spa kan...rehatkan minda dan badan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.