RADIOGRAPHER VS PHOTOGRAPHER

kerjayaku merupakan seorang juru x-ray ataupun nama komersialnya radiographer.aku merupakan juru x-ray Pengimejan Diagnostik.apa itu juru x-ray??anda tahu tak apa skop tugas kami sebagai seorang juru x-ray??

juru x-ray merupakan orang yang mengambil gambar x-ray seluruh bahagian tubuh manusia.juru x-ray terbahagi kepada 2 jenis iaitu juru x-ray Pengimejan Diagnostik dan juru x-ray Radioterapi.seorang juru x-ray perlu menjalani kursus selama 3 tahun iaitu Diploma Radiografi ataupun 4 tahun iaitu Ijazah Sarjana Muda Radiografi.



deskripsi tugas :

Juru X-Ray Pengimejan Diagnostik 
• Menghasilkan imej yang berkualiti bagi membantu pakar radiologi dalam pengesanan penyakit. 
• Mengendalikan pemeriksaan: - Pengimejan Resonan Magnet (MRI) - Ultrasonografi (US) - Pengimejan Radionuklid (NM) - Tomografi Berkomputer (CT) - Angiografi dan Pengimejan Digital 
• Melakukan prosedur pengimejan di dewan bedah, wad-wad, unit forensik, pusat kesihatan dan Jabatan Traumatiogi dan Kecemasan. 
• Memberi jagaan berkualiti kepada pesakit.
 • Mengamalkan perlindungan sinaran.
 • Melaksanakan program kepastian kualiti (QA). 

Juru X-Ray Radioterapi
 • Melakukan perancangan rawatan pancaran. • Memberi rawatan pancaran. 
• Menjaga keselamatan pesakit. 
• Menjaga kesihatan umum pesakit. 
• Mengguna, mengendali serta menjaga kelengkapan dan peralatan radioterapi. 
• Memberikan pendidikan kesihatan dan pengurusan rawatan kanser.




ada yang kata kerjaya seorang radiographer sama macam dengan photographer..ya lebih kurang sama iaitu mengambil gambar.bezanya, radiographer mengambil gambar tulang dan organ manusia dengan menggunakan mesin khas iaitu imej lebih detail manakala photographer atau jurugambar/jurufoto mengambil gambar rupa manusia, alam semulajadi,landskap dan sekelilingnya dengan menggunakan kamera biasa atau digital.mereka bagaikan seorang seniman yang dapat menghasilkan karya foto yang berkualiti dan nampak hidup.

Tahap piawaian untuk digelar sebagai Jurugambar adalah bergantung pada kemahiran seseorang Jurugambar. Jurugambar juga ada yang mengambil sijil untuk meningkatkan dan menambahkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan mereka.Jurugambar tidak seperti profesional lain yang mempunyai KPI tertentu untuk dinilai. Namun untuk bergelar jurugambar profesional seseorang itu harus faham, mahir menilai gambar, memeroses filem dan gambar. Selebihnya jurugambar mampu menilai gambar yang baik hasil penyusunan teknik komposisi.
Antara tugas jurugambar/photographer : - mengambil gambar di sudut atau perspektif yang menarik - mengenal pasti dan memilih gambar yang cantik dan bertepatan dengan subjek - mengubahsuai gambar dengan kreatif - gambar yang diambil hendaklah kelihatan seperti 'hidup'

ok. sekarang anda dah faham kan bezanya radiographer dan photographer.sekian dahulu entri ni..sekian wassalam.





2 comments:

  1. Radiographer sangat berisiko tinggi kerjayanya sebab terdedah dengan sinar x kan...kalau photog..akak pun suka jadi photographer..hehehehe

    ReplyDelete
  2. memang kami terdedah kepada sinar x..tapi ada dose limit(had) yang perlu diikuti

    ReplyDelete

Powered by Blogger.