tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Wednesday, 5 October 2016

JATUH CINTA DENGAN STICKER COMEL

Sticker comelku…oh I like..suka..saya suka..hehehe

STICKER COMEL KAMI


Baru2 ni aku saja la buatkan sticker untuk diriku dan buah hati pengarang jantungku Muhammad Arsyad.saja la suka2..sebab nampak macam comel jer kan..yang sticker anakku punya tu ada kartun lagi tau.kartun Upin Ipin.yang aku punya ada lambang radiasi tu almaklumlah saya kan berkecimpung dalam dunia x-ray.jadi lambang tu dah sinonim dengan tugasku sebagai seorang juruxray ataupun radiographer kan..bukan nak riak ye atau banggakan diri..hanya sekadar pengenalan saja , orang kata identiti diri.

Harga sticker ni berpatutan juga la.kertas sticker tu pun daripada pelekat kertas yang berkualiti.bila dah siap lekat kat mana2 barang memang dah susah la nak tanggalkan semula.ha ok la tu kan.kebanyakan sticker aku tu aku lekatkan kat koleksi  buku yang banyak aku beli tu,laptop, botol air.sticker anakku pula aku lekatkan kat barang2 yang aku tinggalkan di taskanya.mudah la untuk teacher taska kenal dan bagi semula kat anakku ni.almaklumlah dok taska kan banyak barang kanak-kanak lain juga.takut tertukar plak..aku lekatkan kat botol air, botol susu, buku log aktiviti harian dan banyak lagi la.

Haa, korang nak tau tak kat mana aku buat sticker ni?? Meh aku nak berkongsi skit.sebenarnya aku tempah di satu kiosk kat Tesco Kulim.buat sticker ni tak memerlukan masa yang lama pun.sekejap ja..bila dah tempah dan2 tu juga depa tolong buatkan mengikut kemahuan kita.ari tu aku buat 2 jenis sticker tu hanya perlukan masa 30 minit ja untuk siap.haa sat ja kan..sticker ni boleh ditempah mengikut pakej yang telah siap diadakan brapa keping sticker bersama jenis sticker yang dipilih..pilih la yang mana berkenan..memang banyak pilihan.ada yang sticker kecil, besar , yang sedang-sedang dan macam2 lagi la.sticker ni pun boleh digunakan untuk dilekatkan kat doorgift untuk kenduri kahwin, majlis hari jadi, sticker pengenalan kat sesuatu produk, dan banyak lagi.

BOTOL AIRKU

LAPTOPKU

BUKU LOG HARIAN TASKA MUHAMMAD ARSYAD


Memang banyak kegunaannya kan.aku memang suka buat  benda yang nampak comel di mataku ni.jika korang rasa aku membazir je buat sticker ni terpulanglah kan.yang penting aku puas hati dapat buat sesuatu yang menyenangkan dan memudahkan aku di kemudian hari.bak kata peribahasa Melayu : tepuk dada tanya selera.bak kata English your choices is in your hand.


Oklah sekian dahulu entri ni..tadaaa…bye..terima kasih kerana sudi pinjamkan mata anda baca entri ni..heee.. 

4 comments:

  1. hehe comel ja mommy arsyad nih. kreatif. :)

    ReplyDelete
  2. skang aida kalu lalu lalang tak nampak la kiosk buat stiker ni tau.
    aduhai... memang nak cari utk stiker nama anak2 thn depan.
    kalau tempah, agak mahal :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida cari kat tesco Kulim ka?ada ja berhadapan dgn kedai kerongsang dan belakangnya kedai kasut kalau tak silap saya.

      Delete