KAKAK, SAKIT KE BILA KENA XRAY GIGI??

x-ray gigi atau dipanggil orthopanthomogram(OPG) adalah salah satu x-ray di bahagian gigi.ada adik-adik yang datang nak buat x-ray gigi ni ada yang bertanya sakit ke kak bila kena x-ray gigi ni? tak sakit pun adik macam ambik gambar jer, sama macam x-ray kat bahagian badan yang lain la.rilekslah dik ..ikut jer arahan kami selaku juru x-ray ni suruh lakukan.

kenapa perlu x-ray gigi??

 # gigi menekan antara satu sama lain(impacted)
# kerosakan gigi
# doktor gigi nak lihat akar gigi macam mana keadaannya
# mendiagnosis penyakit gigi (periodontal disease)
# gigi tak tersusun.persediaan untuk buat braces
#mengalami keretakan di rahang mulut(mandible) dan maxilla

persediaan sebelum x-ray gigi

# perlu menanggalkan segala perhiasan diri di bahagian muka dan leher terutamanya rantai dan subang.
#memakai lead apron iaitu kain pelindung sinaran
#mendengar arahan juru x-ray bertugas

jenis x-ray gigi yang biasa dilakukan di Malaysia :

1) OPG 




2) lateral cephalo



keadaan pesakit untuk lateral cephalo




3) CBCT mandible




4) CBCT maxilla


di tempat kerja nadia iaitu Hospital Kulim, semua jenis x-ray gigi di atas dapat dilakukan.kami berpeluang dapat mesin dental x-ray yang canggih ni.alhamdulillah.
jenis x-ray CBCT tu ada juga tidak dapat dilakukan di sesetengah hospital kerajaan kerana mesin dental x-ray yang tidak dilengkapi dengan kemudahan xray CBCT.

di bawah ni merupakan antara contoh mesin dental x-ray di tempat kerja nadia :

mesin dental x-ray

sekian dahulu nadia bercerita mengenai serba sedikit antara salah satu tugas kami sebagai juru x-ray Pengimejan Diagnostik.BYE....WASSALAM..

5 comments:

  1. wah banyak juga jenis xray gigi yang ada.. info yg bagus..

    ReplyDelete
  2. ya..memang ada macam@ jenis x-ray gigi..ok thanks kerana sudi membaca entri ni ..Yanie Yusuf

    ReplyDelete
  3. Bagaimana jika tekanan darah rendah, bolehkah kita x ray gigi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kena bertnya dgn doktor yg merawat kita..

      Delete
  4. Pernah OPG, masa tu gigi bongsu tumbuh melintang.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.