I LOVE U, MAK
aku bersama mak semasa majlis pertunangan aku |
Ibu..mama..umi..mak..bonda..mummy..
Panggilan yang mana pun sama saja iaitu insan yang telah melahirkan dan membesarkan kita semua di dunia ini.kita harus menghormati insan mulia ini.ibu diuji dengan 3 peringkat kesusahan iaitu :
Økepayahan
ketika mengandung
Økesungguhan
ketika melahirkan anak
Øketabahan
menyusukan anak
Bukanlah
sesuatu yang mustahil apabila Allah memberikan kedudukan yang tinggi kepada ibu
3 kali ganda berbanding bapa..oleh itu kita kenalah berusaha menggembirakan
hati ibu kita dan elakkan daripada berkasar dengan mereka.kita harus memohon
ampun dan maaf sekiranya kita tidak sengaja meninggikan suara kepada ibu.jangan
biarkan ibu bersedih dengan sikap kita yang kurang sopan itu..antara hadis yang
direkodkan oleh Imam Al-Bukhari adalah “Sesungguhnya Allah mengharamkan kamu
berbuat derhaka kepada ibu2”.Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan ibu
bapa.
Insan yang
mengandung dan membesarkan aku adalah Puan Hasmah.Aku panggil beliau mak.mak
adalah satu-satunya ibu yang terbaik di dunia ni.walaupun sekarang ni aku pun
dah bergelar ibu tapi mak aku sentiasa membantu aku dan bila tiap kali aku
balik kampung mak akan masak makanan yang sedap2 untuk anak dia ni..so sweet
mak..aku makan bertambah tambah sedap sangat masakan mak..
Alhamdulillah mak aku juga sentiasa menasihati aku dan memberikan tips berguna kepada aku dalam membesarkan anak aku..bila aku pun dah jadi seorang ibu ni feel dah lain skit.cepat touching bila tengok bayi, kanak-kanak dan anak remaja yang mengalami masalah rumah tangga.moga aku pun dapat menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak aku nanti..Insyaallah.
I LOVE U MAK…MAK IS THE BEST FOR ME..
mak dan abah semasa di Mekah |
mak bersama cucunya,Muhammad Arsyad |
No comments: