7 TANDA BAYI ANDA SAYANGKAN ANDA

Bagi golongan ibu yang baru memiliki anak pertama memang menantikan saat-saat berharga untuk bersama dengan bayi anda..Memang seronok melayan keletah bayi kita dan melihat perkembangan dirinya membesar,Namun ada juga ibu risau apabila habis tempoh berpantang dan anak perlu dihantar kepada babysitter atau taska mereka akan berfikir anak anda akan lupa  dan tidak sayangkan anda lagi.Tidak anak anda masih ingat dan sayangkan ibunya yang susah payah mengandung dan melahirkannya.

7 tanda bayi anda sayangkan anda :




1) bayi anda memandang tepat pada mata anda
bayi suka melihat apa yang ada di sekeliling mereka..mereka lebih tertarik melihat muka ibunya kerana dia tahu kehangatan kasih sayang ibunya.dengan cara itu mereka cuba untuk mendapatkan perhatian daripada orang yang tersayang.

2)bayi kenal bau anda
bayi sentiasa melekat dengan ibu mereka sejak dari lahir lagi..mereka akan tiba-tiba terjaga bila ibunya bangun ke tempat lain selepas mendodoikan mereka..bayi rasa bau ibunya dah hilang lalu terus terjaga daripada tidur.

3)senyum pada anda
bayi kita senyum tepat pada ibunya setelah kita memandang wajahnya..ha bayi kenal dan sayang sangat2 kat ibu dia sehingga menghadiahkan senyuan yang paling menawan sekali.

4)bercakap dengan anda
ya..memang kita tidak faham apa yang dia bualkan kerana dengar dia sebut "aaaa' atau "coo coo" tapi tak jelas apa yang mahu diucapkannya..takpa cubalah berkomunikasi balik dengan bayi anda...mereka akan faham juga nanti..layankan ajer..

5)sentiasa mahu kita di sisinya
tidak kiralah apa yang kita buat sama ada memasak, mengemas rumah, melipat pakaian dan sebagainya bayi kita hendak sentiasa melihat kita ada dengan mereka..mahu sentiasa di sampingnya..tambah2 lagi bila yang menyusukan badan lagi la bayi suka mengendeng ja..

6)berkongsi minat yang sama
apa yang kita buat dia akan tengok dan cuba meniru sedikit demi sedikit..tu la kita sebagai ibu kena tunjukkan contoh terbaik kepada bayi kita.

7)menjadikan anda perisai utama
selalunya bayi yang dah berumur 6 bulan ke atas akan berasa tidak selesa bila bertemu dengan orang yang mereka tidak kenali..perasaan 'stranger anxiety' akan timbul.mereka akan menyembamkan muka dan melarikan wajah apabila ada orang mendekati mereka ketika ibunya sedang mendukung.mereka menjadikan ibu sebagai perisai untuk mereka menyembunyikan diri.

Konklusinya, sebagai wanita yang bergelar ibu hargailah momen terindah bersama anak kita .anak  memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang daripada kita..In sya Allah saya juga akan cuba menjadi ibu yang terbaik kepada permata hati saya Muhammad Arsyad bin Annuar.










No comments:

Powered by Blogger.