NISFU SYAABAN
_Assalammualaikum wbt_
*Peringatan ptg ini (Sabtu 21/05/2016)*
Selepas masuk *Maghrib* kita melangkah masuk *15 Syaaban*. Mari sama2 kita rebut peluang dgn memperbanyakkan amal ibadat seperti *bersedekah dan berzikir* sebelum ditutup buku catatan kita dan juga membuka lembaran baru dgn kebaikkan juga.
Aamiin yaa Rabbal 'alamin...
*_Nisfu Syaaban_*
(Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa _hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah_. Umat Islam mempercayai pada malam Nisfu Syaaban, *amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.*
Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah.
Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban.
*_Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban._*
*_Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar._*
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa _Nabi tidak tidur pada malam itu_ sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
_“Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan brsembahyng bersembahyang sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya:_
_“Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti Engkau memuji diriMu sendiri._
Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. *_“Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”_*
_Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (wktu senja). (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)._
#IndahnyaBerbagi
#NotaNisfuSyaaban
No comments: