BUSY BOOK

Kawan kawan tau ka apa itu busy book?




mai saya nak bagitau apa itu busy book. Busy book merupakan sebuah buku yang diperbuat daripada fabrik atau felt yang direka khas supaya anak-anak yang masih kecil  menyibukkan diri melakukan aktiviti di dalamnya.menggunakan busy book merupakan salah satu aktiviti homeschooling iaitu bermain sambil belajar..pada zaman sekarang pelbagai cara yang dilakukan oleh golongan ibu bagi memastikan anak-anak mereka dapat belajar sesuatu..busy book selalunya terhasil daripada kotak,kad kertas,lebihan kain felt,tisu gulung dan sebagainya.

Kelebihan yang kanak-kanak dapat melalui busy book ni adalah seperti dapat memberi daya kreativiti kepada mereka di samping memberi rangsangan dalam keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis.mereka juga dapat bercerita tentang sesuatu melalui ikon,gambar dan objek yang ada dalam busy book ini..hal ini juga dapat meningkatkan pertuturan serta melatih keyakinan diri anak-anak.

Tempoh masa melakukan homeschoooling melalui busy book ini bergantung kepada kefahaman dan kemahiran anak.lagipun  inilah masanya mereka melatih diri menjadi manusia yang kreatif dan sekaligus memberi peluang kepada golongan ibu bapa bermain dengan anak bersama busy book.ini sedikit sebanyak dapat memberi kelainan dalam membaca buku sambil belajar.




No comments:

Powered by Blogger.