KAEDAH MENGIRA TARIKH JANGKAAN BERSALIN (EDD)




Apakah itu EDD? 

EDD adalah merupakan tarikh jangkaan bersalin bagi ibu yang mengandung.EDD adalah singkatan daripada perkataan Estimated Due Date.

Untuk mengira tarikh jangkaan bersalin, anda perlu mengetahui tarikh hari pertama anda datang haid buat kali terakhir(Last Menstrual Period).
Anda perlu tambah 7 hari kepada tarikh ni, ditolak 3 bulan dan tambah 1 tahun untuk tarikh tersebut.

contoh pengiraan :

hari pertama LMP anda ialah 1/10/2013. maka,  pengiraan tarikh jangkaan bersalin ialah 

👩Last Menstrual Period (LMP) = 1/10/2013

😘HARI : Tambah 7 hari kepad tarikh LMP 
                       1 + 7 hari = 8

😗BULAN : Tolak 3 bulan daripada tarikh LMP
                       10 - 3 bulan = 7

😘TAHUN : Tambah 1 tahun kepada tarikh LMP
                        2013 + 1 tahun = 2014

maka, 💞Tarikh Jangkaan Bersalin(EDD) = 8/7/2014

untuk pengetahuan semua, perkiraan ni sesuai untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur dan mempunyai kitaran sebanyak 28 hari.sekiranya untuk kepastian, anda perlu berjumpa dengan yang lebih arif iaitu doktor.doktor selalunya akan membuat ultrasound bagi mengukur saiz kandungan dan menetukan tarikh jangkaan bersalin dengan lebih tepat.

ok, nadia kongsikan ni khusus untuk wanita yang akan melahirkan zuriat dan bagi yang belum mengandung dan belum berumahtangga ilmu ni anda boleh ambil tahu juga..para suami juga boleh juga ambil tahu mengenai perkara ni.nadia pernah mengandung masa tahun 2014 yang dulu.alhamdulillah pernah merasa nikmat mengandung.insyaallah kalau ada rezeki lagi teringin nak mengandung dan tambah anak lagi.insyaallah.

oklah, sharing is caring..bye...



2 comments:

  1. Kalau macam saya agak susah juga nak kira sebab period x normalkan.. perkongsian yang bagus nie..

    ReplyDelete
  2. sama2.....ya bergantung pada org juga kan nak kira semua ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.