IKAN

10:41
IKAN











 Ikan adalah antara makanan yang boleh kita makan.Ikan ada protein, omega 3, vitamin,mineral dan asid lemak tak tepu…dulu masa kecik lagi mak aku dah ajar aku makan ikan.masa tu tak pandai makan sangat sebab kena asingkan tulang dengan isi ikan..jadi malas nak makan sangat..tapi bila mak aku selalu masak ikan aku pun belajar makan la..lama2 ok la tak tercekik tulang dah..hehe.


.masa aku belum dok berjauhan dengan famili aku lagi aku tak brapa pandai beli barangan basah sendiri..semuanya pi dengan mak aku..lepas dapat tawaran kerja posting sebagai juru x-ray di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar masa tahun 2012 aku pun start la belajar beli barangan basah sendiri..ye la masa tu dok menyewa rumah yang ada kelengkapan untuk memasak dan ada peti ais ..ada mood nak masak berasaplah dapur tu..masa tu bujang lagi kan.haa….straight to the point, mai sini aku nak berkongsi tips memilih ikan setelah belajar daripada pengalaman sendiri : 



                Ciri-ciri ikan segar

  •   Mata masih bersinar,bulat dan tidak rosak
  •   Sisik masih melekat kuat pada badan
  •   Isinya jika ditekan masih kental
  •   Insang masih berwarn merah
  •   Bau ikan masih segar
  •   Warna sisik masih berkilt dan tidak berlendir

Ciri-ciri ikan yang tidak segar

  •   Mata berwarna kusam dan tenggelam
  •   Dinding perutnya hancur
  •   Sirip berwarna kusam dan mudah tertanggal
  •   Insang berwarna kelabu
  •   Warna sisik kusam dan berlendir

Panduan menyimpan ikan segar

  •   Buang sisik, insang dan buang sumber-sumber berkembangnya bakteria dalam badan ikan terutama isi perut ikan
  •   Cuci sehingga bersih dengan air asam jawa dn letakkan dalam bekas atau bungkus dengan plastik makanan
  •   Simpan aatau masukkan di dalam bahagian penyejukbekuan  peti ais
  •   Jika ikan akan digunakan untuk masak, keluarkan ikan daripada peti ais kemudian biarkan seketika(thawing)
  •   Sebaiknya guna cara FIFO(first in first out) ertinya ikan yang disimpan terlebih dahulu maka gunakannya dahulu.
Berbagai-bagai masakan yang berasaskan ikan boleh dimasak….antaranya

ü  Kari ikan
ü  Ikan masak asam
ü  Serunding ikan
ü  Ikan bakar
ü  Otak-otak
ü  Sup ikan
ü  Ikan masak kicap
ü  Ikan goreng crispy
ü  Ikan 3 rasa
ü  Ikan stim kukus
ü  Ikan masak sambal hijau
ü  Ikan masak taucu
ü  Asam pedas
ü  Masak lemak ikan cili api

ikan masak halia
Banyak lagi masakan yang berasaskan ikan …tak larat dah nak senaraikan..hehe…apa pun boleh jer google resipi apa apa pun di carian Google Chrome…insyallah cik google akan bagi resipi cmna nak masak ikan tu.

2 comments:

  1. singgah sini dr penang with luv hehe

    ReplyDelete
  2. amboi el ..mai2 sngah kedah ni..hehehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.