|
MY NEW ALARM CLOCK
|
SEBELUM AKU KAWIN > nak bangun tido mesti set masa..set jam loceng..tapi sekarang zaman teknologi handphone pun dah boleh jadi alarm.set masa waktu banyak kali sampai bangun la..start set pkl 6 pagi lepas tu 6.15 pagi ..kalau tak bangun gak 6.30 pagi..boleh plak kadang2 kalau letih sangat boleh plak dengar alarm bunyi lepas tu sambung tido balik..krooh ..krooh...zzzzz..zzzz
SELEPAS DAPAT ANAK > set gak alarm untuk bangun tapi bangun awal lagi sebelum alarm bunyi..ha la anak terjaga nangis nak susu ..lapar.anak bunyi sikit ja pun terjaga tengok dia ok ka dak..jadi masa Muhammad Arsyad masih baby masa dalam tempoh berpantang tahun lepas kerap aku kena berjaga malam.tapi sekarang ni taklah kerap sangat dah.dalam 2 atau 3 kali ja.selalunya sebelum subuh dia akan merengek nak susu..jadi aku pun terus bangun la bila dah siap bagi dia minum susu.
betul kata orang anak umpama jam loceng kita..depa terjaga kita sebagai ibu pun turut sama terjaga.tapi Alhamdulillah seronok bila anak tolong kejutkan kita ni..dapat bangun awal pagi..takdalah terlepas solat subuh atau subuh gajah..kawan2 yang ada anak kecik pun mesti macam ni gak kan??
MY SON MY NEW ALARM CLOCK
Reviewed by
NADIA AZIZ
on
21:48
Rating:
5
No comments: