TIP CUACA PANAS

11:14


suhu normal di Malaysia adalah sekitar 32 darjah celsius.kadang2 boleh mencecah 38 darjah celcius..panasnya cuaca kan..nauzubillah...ni baru panas kt dunia kat akhirat nanti di Padang Mahsyar sana lg la panas smpai tak terbayang oleh kita..EL NINO adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang brlaku setiap tahun di timur lautan pasifik .
cuaca panas dapat menyebabkan maut cotohnya akibat strok haba.terdapat kumpulan yang lebih berisiko apabila terkena cuaca panas iaitu :

  • mereka yang terlibat dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang , tentera , polis, 
  • orang dewasa berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding orang muda
  • kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
  • penghidap penyakit sistem pernafasan
  • penghidap penyakit darah tinggi, jntung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid






jika kita mengalami simptom simptom seperti di bawah :
  • sakit kepala
  • keletihan
  • lemah tumpuan
  • pening
  • kekejangan otot
  • muntah
  • dehidrasi 
jadi kita perlu mengambil langkah-langkah :
  • minum banyak air kosong
  • minum minuman isotonik kerana ia boleh mengantikan garam mineral yg hilang semasa berpeluh
  • hadkan aktiviti luar
  • selalu kerap berehat
  • mandi atau gunakan kipas angin untuk sejukkan badan
  • pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.pemilihan pakain dari fabrik jenis serap peluh seperti kapas adalah disarankan
  • pakai krim pelindung UV atau sunblock
  • pakai cermin mata hitam yang mempunyai perlindungan dari sinar UV jika terdedah kepada cuaca panas 
cuba elakkan :
  • minum minuman yg mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yg tinggi
  • bersenam dalam cuaca panas
  • tidak digalakkan membawa anak kecil keluar dalam keadaan cuaca panas
jaga kesihatan kita ye..panas sangat pun boleh menyebabkan tanaman menjadi kering kontang dan kita pun akan berasa tak selesa nk buat sesuatu keja..rasa suatu nikmat apabila hujan turun kan...





No comments:

Powered by Blogger.