tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Monday, 15 February 2016

IQRA' > BACALAH






BUDAYA MEMBACA AMALAN MULIA











Membaca jambatan ilmu..aku suka membaca.dulu ikut mood jugak..bila rasa nak membaca barulah nak membaca..tapi masa zaman muda remaja dulu aku suka membaca novel dan majalah Remaja dan majalah Dara.bila dah umur makin bertambah ni rajin plak membaca buku-buku agama, buku motivasi,baca blog dan sebagainya..


sekarang ni zaman moden dan canggih nak baca fasal berita dunia dan negara melalui hujung jari ja dengan adanya internet.mudahkan..tu pun ada gak yang malas lagi.lebih baik tanamkan budaya membaca ni sejak kecik sebab banyak faedahnya akan dapat di kemudian hari.kita dapat jadi manusia yang berilmu pengetahuan,berintelek dan macam2 lagi la sifat positif. Dah nak dekat setahun aku menetap di Kulim baru la aku tau kat mana letaknya perpustakaan awam aka library.kt library ni taklah besar macam kat hometown aku di alor Setar tu tapi bolehlah la juga ada gak buku2 yang menarik perhatian aku gak.aku pun apalagi bila dah tau kat mana letaknya library selalu la aku pi sana lepak2 kejap dan pinjam buku kat library tu.Library ni terletak berdekatan dengan stesen bas Kulim.atas skit ja daripada stesen bas tu.area pekan Kulim gak la.



KAD LIBRARY
(BOLEH DIPAKAI UNTUK SEMUA PERPUSTAKAAN AWAM DI SELURUH NEGERI KEDAH)



Untuk pengetahuan korang kad ahli perpustakaan awam tu boleh digunakan di setiap perpustakaan yang ada di seluruh negeri Kedah ni.ha senangkan.tapi setiap buku yang dipinjam di perpustakaan tersebut kena hantar semula di perpustakaan yang sama.tempoh pinjaman buku 2 minggu..kalau balik bercuti lama   di Alor Setar (rumah mak abah aku) bolehlah aku pi pinjam buku di Perpustakaan Awam Kedah yang besar tu kat depan City Plaza ja..pakai ja kad ahli yang sama aku guna kt library Kulim tu.


Seronok membaca ni kalau betul2 kita enjoy hobi ni.di 

bawah ni aku kongsikan gambar berkaitan 

Perpustakaan Kulim....oklah JOM MEMBACA.....



PERPUSTAKAAN AWAM KULIM







RUANG MEMBACA DI PERPUSTAKAAN KULIM


RUANG MAJALAH


BUKU PERTAMA YANG DIPINJAM AKU PADA TAHUN LEPAS SEPTEMBER 2015




2 comments: