tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Sunday, 7 February 2016

NUTRISI

APA BERLAKU BILA KURANG NUTRISI


Nutrisi ialah nutrien yang diperlukan oleh badan manusia…untuk hidup sihat kita perlu makan makanan yang berkhasiat dan mempunyai cukup nutrien.PIRAMID MAKANAN merupakan antara aras makanan yg seeloknya diikuti oleh setiap orang yang hendak mengamalkan gaya hidup sihat




RAMBUT KERING, MENIPIS , MUDAH GUGUR,BERCABANG DAN RAPUH



anda mungkin kekurangan nutrisi : Protein, asi lemak, zat besi

anda perlu ambil : 2 sajian daging tanpa lemak sehari, 2 biji telur seminggu,susu setiap hari, 2 hingga 3 sajian ikan dan cuba ambil tiram untuk menambahkan zat besi atau supplemen tinggi protein.


KURANG DERIA RASA DAN BADAN SERING LESU


anda mungkin kekurangan nutrisi : zat besianda perlu ambil : daging merah,, tiram, kerang, hati, bayam dan brokoli


BIBIR DAN MULUT MENJADI KERING DAN KULIT SEKITARNYA MUDAH MENGELUPAS




anda mungkin kekurangan nutrisi : riboflavin (vitamin B) dan nicotinic acid

anda perlu ambil : hati, telur kuning,, susu, kekacang, bijirin dan nasi dari beras perang


'GINGIVAL HEMORRHAGE' , KULIT KERING, MUDAH SELESEMA




anda mungkin kekurangan nutrisi : VITAMIN C

anda perlu ambil : banyakkan buah buahan dsn sayuran



MUDAH LETIH, BADAN LEMAH, TAHAP METABOLISME RENDAH




anda mungkin kekurangan nutrisi : protein

anda perlu ambil : minum susu 4 gelas sehari, banyakkan pengambilan ikan , ayam produk kacang soya dan tenusu



MATA SERING MERAH


anda mungkin kekurangan nutrisi : vitamin A dan B2

anda perlu ambil : produk tenusu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau




TERASA KURANG SELERA MAKAN, BERAT BADAN TIDAK BERAMBAH, MUDAH SAKIT, BADAN LEMAH DAN KULIT MENJADI RUAM




anda mungkin kekurangan nutrisi :  Iodin

anda perlu ambil : ikan, daging, telor, susu, ayam , itik dan rumpai laut


RANCANGLAH APA YANG HENDAK DIMAKAN SUPAYA KESIHATAN PUN TERJAGA..MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI .




No comments:

Post a Comment